Adakah Kamu Miliki Asas Pengetahuan Bidang Pasaran Kewangan Sehinggakan Kamu Begitu Yakin Dengan Pandangan Kamu?

Ini yang kamu tidak faham.

Sungguhpun Kerajaan ambil maklum tentang kejatuhan nilai RM pada masa ini, Kerajaan tidak panik. Kerajaan tahu bahwa nilai RM sekarang di bawah nilai yang sepatutnya jika di ambil kira kekukuhan ekonomi negara.

Ketidaktentuan nilai RM sekarang akan reda setelah bank pusat Amerika menaikkan kadar bunganya (di jangka bulan September ini) dan China lega dengan tindakannya di dalam menurun-nilai matawang Yuan.

Apa yang penting bagi Kerajaan adalah untuk melihat duit siapa yang mengalir keluar ke matawang asing. Siapa yang menjual matawang RM? Adakah duit pelabur “hot money” atau apa yang juga di katakan “carry trade money”? Adakah penjual RM pemegang-pemegang aset RM yang merupakan insititusi-institusi pelaburan jangka panjang? Atau pelabur-pelabur asing “foreign direct investment”?

Kerajaan menerima pandangan dan nasihat bukan sahaja dari Bank Negara Malaysia tetapi juga dari pakar-pakar seperti ahli-ahli ekonomi, para analisa dari institusi kewangan dalam dan luar negara – bukannya seorang dua tapi 10-15, dari pelbagai institusi kewangan. Pakar-pakar ini termasuklah mereka yang menganalisa pasaran matawang, mereka yang tahu siapakah “pemain-pemain” di dalam pasaran matawang and mereka juga tahu trend-trend di dalam pasaran matawang.

Apa yang kritikal untuk pasaran matawang sekarang adalah untuk melihat Kerajaan kukuh pendiriannya dalam menjamin kadar pertukaran RM yang fleksibel. Apa yang penting juga mereka mahu melihat Kerajaan membelanjakan risab matawang asing dengan bijak dan hati-hati. Mereka tidak mahu Kerajaan bertindak gopoh.

Jadi, kamu ni yang di dalam Facebook, meroyan pasal nilai RM, apa yang kamu tahu? adakah kamu dapat maklumat dan mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar kewangan? Adakah kamu miliki asas pengetahuan di dalam bidang pasaran kewangan sehinggakan kamu sebegitu yakin, sebegitu confident di dalam pandangan kamu?

Mungkin kedengaran agak sombong tetapi jika saya duduk dengan seorang pakar ekonomi atau seorang penganalisis forex, saya rasa saya boleh faham 80% daripada apa yang dikatakannya.

Dari tulisan-tulisan anda, ia adalah jelas kepada saya, anda tidak mempunyai petunjuk tentang apa yang pakar-pakar ini katakan.

Sungguh pun begitu, walau saya faham 80%, tidak membuatkan saya seorang pakar.

Yang membawa saya kepada soalan, atas dasar apa yang membuat anda berfikir anda adalah seorang pakar?

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10205796537846654