Akaun Perdana Menteri, Dana Politik & Konspirasi

1. Apbila Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan nombor akaun peribadi milik Perdana Menteri Mohd Najib Razak yang kononnya menerima USD 700 juta dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Najib menafikannya.

2. Mohd Najib menyatakan beliau tidak pernah mengambil sebarang dana dari 1MDB untuk kepentingan peribadinya.

3. Mohd Najib tidak pernah menyatakan akaun-akaun tersebut bukan miliknya. Beliau tidak boleh menafikan atau mengiyakan langsung tuduhan tersebut kerana beliau sendiri tidak pasti berapa yang dimasukkan dalam akaun-akaun tersebut yang digunakan untuk tujuan politik.

4. Apa yang beliau tahu ialah kewujudan akaun-akaun tersebut telah dimaklumkan kepada Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara.

5. Justeru apabila timbul tuduhan ada dana dalam akaun tersebut datang dari sumber 1MDB beliau tidak boleh menafikan terus. Ini kerana beliau sendiri tidak pasti jika ada pihak sengaja memerangkapnya. Apa yang beliau boleh katakan ialah beliau tidak menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadinya.

6. Beliau meminta satu Task Force ditubuhkan untuk menyiasat sama ada dana politik tersebut datang dari 1MDB. Siasatan SPRM hari ini mendapati tiada wang dari 1MDB yang masuk ke dalam akaun-akaun ini.

7. Sebenarnya siapa yang mendedahkan nombor-nombor akaun ini? Selain “pasukan” Presiden UMNO, hanya ada dua pihak yang mempunyai maklumat ini iaitu Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara. Dua pihak ini yang Perdana Menteri minta nasihat dan maklumkan kewujudan dana ini.

8. Siasatan sudah menjurus kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara, namun belum lagi Bank Negara. Jika benar telahan ini, Bank Negara adalah pihak terakhir yang akan disiasat kerana Polis percaya kebocoran dan penipuan ini berpunca dari sana.

9. Pada masa ini polis dalam keadaan menyingkirkan mana-mana suspek yang tidak relevan sebelum menumpukan kepada suspek sebenar.

10. Mengapa ini satu konpsirasi? Ia satu konspirasi kerana ada pihak sengaja mendedahkan butiran akaun tersebut dengan tujuan menjatuhkan Perdana Menteri walaupun Mohd Najib dengan sukarela memmaklumkan kewujudan akaun-akaun ini semasa dibuka.

11. Mengapa Mohd Najib tidak mengisytiharkan? Pada 2009, Mohd Najib telah mencadangkan agar semua parti politik mengisytiharkan penyumbang dana politik masing-masing. Namun DAP telah menolak cadangan ini.

12. Apakah adil Mohd Najib mendedahkan penderma tabung politik UMNO sedangkan parti lain tidak melakukan.

13. Ke mana wang tersebut pergi? Ini adalah tanggungjawab dan tugas Majlis Tertinggi UMNO menentukan sama ada mereka berpuas hati atau tidak bahawa wang tersebut dibelanjakan untuk kepentingan politik parti.

14. Namun jika dilihat komentar Tun Mahathir Mohamad bahawa Najib membelanjakan wang begitu banyak dan luar biasa dalam pilihan raya lalu, maka jelaslan wang tersebut telah dibelanjakan dengan begitu baik sekali.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/08/akaun-perdana-menteri-dana-politik-dan-konspirasi/