Aset Selangor Kini Dipegang Sebuah Syarikat RM2?

Kira-kira RM30 bilion nilai aset yang sebelum ini diuruskan oleh kerajaan syarikat pengurusan aset, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor) kini dipercayai diletakkan di bawah sebuah syarikat bernilai RM2 iaitus syarikat pengurusan risiko pelaburan, Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Berdasarkan rekod terkini di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kedua-dua saham bernilai RM1 DEIG itu dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi, Soffan Affendi Aminuddin.

Pegangan saham tersebut dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI Selangor.
http://www.deig.com.my/corporate_structure_en.html

Rekod SSM menunjukkan DEIG telah didaftarkan pada 5 Jun lalu dengan Raja Shahreen dan Soffan dilantik sebagai pengarah firma berkenaan pada tarikh yang sama.

Walaupun laman web DEIG turut menamakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan pegawai kewangan negeri, Datuk Noordin Sulaiman sebagai Pengarah namun rekod SSM menunjukkan sebaliknya.

Rekod SSM turut menjelaskan bahawa jenis perniagaan DEIG adalah pegangan pelaburan iaitu untuk membeli untuk pelaburan atau dijual semula dan untuk menjual (traffic) tanah dan rumah dan hartanah lain dalam tempoh tertentu dan lain-lain.

DEIG juga dibenarkan untuk membuat perkongsian atau apa-apa perkiraan dengan mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan atau terlibat dalam dan lain-lain.

Maka, dua individu berkenaan diberikan mandat untuk menguruskan aset Selangor tanpa pengawasan kerajaan negeri dengan mengandaikan bahawa semua aset MBI Selangor telah dipindahkan ke DEIG.

Sekiranya pemindahan aset bernilai berbilion ringgit telah dilakukan, tidak ada sebarang maklumat mengenai transaksi berkenaan boleh didapati.

Melihat ke atas kemungkinan boleh berlaku, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bersetuju untuk menangguhkan operasi DEIG selepas selepas kebimbangan mengenainya telah dibangkitkan semasa perbahasan sehingga mekanisme pengawasan diwujudkan.

DUN juga meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak-anak Syarikat Negeri (JP-Abas) selepas dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

Beliau meminta supaya operasi DEIG ditangguhkan sehingga mekanisme untuk mengekalkan kebertanggungjawaban dan ketelusan diwujudkan.

Saari juga telah mencadangkan satu pembentangan rasmi ke atas strategi di sebalik penubuhan DEIG dalam bentuk Kertas Putih dalam sidang DUN akan datang.

“Sementara itu, apa yang boleh dilakukan adalah untuk menyelaraskan semua syarikat berkaitan kerajaan di bawah MBI Selangor,” katanya.

Maklumat pendaftaran Darul Ehsan Investment Group Bhd. – Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Senarai pengarah Darul Ehsan Investment Group Bhd. – Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Senarai pemegang saham Darul Ehsan Investment Group Bhd. – Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/19/aset-selangor-kini-dipegang-sebuah-syarikat-rm2/

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1709786749240112&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1&theater