Bagaimana Jika Beliau Didapati Tidak Bersalah Dan Difitnah?

Bagaimana jika kita telah mengambil jalan memaksa Najib berundur daripada menjadi PM, 2 tahun kemudian dia didapati tidak bersalah daripada tuduhan yang mencemar nama baiknya.

Dalam tergesa-gesa untuk memahami kebebasan bersuara, kita terlupa bahawa ada orang yang akan menggunakan kebebasan untuk membawa fitnah kepada orang-orang yang baik dan cintakan negara. Dan minggu ini, kita melihatnya dengan jelas.

Langkah Kajang dicipta untuk membengkokkan keadilan. Supaya seorang lelaki yang sangat-sangat mahu menjadi PM boleh mengelakkan masuk ke penjara. Yang berakhir dengan kroni beliau menjadi MB dan bukan isterinya kerana kebijaksanaan Sultan Selangor. Hari ini, kita mendapati bekas MB tidak bersalah dari semua tuduhan rasuah. Perjanjian air yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan, ditangguhkan sehingga menjejaskan rakyat.

Sekarang dia telah terbukti tidak bersalah, adakah mereka akan memberi laluan semula kepada beliau untuk menjadi MB? Atau mereka akan mengembalikan semula perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan? Sudah tentu tidak.

Bagaimana jika, DS Najib tidak bersalah atas semua tuduhan. Bagaimana jika tidak ada unsur rasuah. Bagaimana jika dia ikhlas dalam memastikan kemandirian Malaysia sebagai sebuah negara secara keseluruhan untuk masa akan datang?

Humpty Dumpty sat on the wall,
Humpty Dumpty fell of the wall,
All the King’s Men came and tried to put him back,
But he is too shattered to be put back in place.

Hari ini, Najib adalah seperti Humpty Dumpty. Dinding adalah takhtanya. Menolaknya, dia akan berkecai. Tetapi jika dia didapati tidak bersalah, anda boleh mencantumkannya kembali? Fikirkan.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1709228735962580