Bagaimana Saya Boleh Terus Menerima Kerajaan Sekarang?

Salah seorang rakan saya bertanya, “Bagaimana saya boleh berterusan menerima kerajaan sekarang dengan apa yang telah berlaku. Bagaimana anda masih lagi tidak mempercayai segala tuduhan dan masih menyokong kerajaan? Bagaimana anda masih lagi boleh berdiam diri dan tidak menyeru sebarang tindakan diambil ke atas pegawai kerajaan untuk segala jenayah ini.” (berkenaan dengan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion)

Jawapan saya adalah:

Dan anda mencadangkan supaya semua ini ditentang tanpa mematuhi undang-undang?

Dengan melanggar klausa perlindungan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (711), perenggan 11.1.b ketika memberikan maklumat?

Dengan menerima dokumen yang telah disahkan telah diubahsuai dan disahkan dicuri dari pemberi maklumat itu sendiri?

Dengan mendengar tuduhan tanpa pengesahan?

Dengan menerima sumber yang diketahui mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan seperti Soros, NED, dan banyak lagi?

Dengan mencetuskan huru hara?

Dengan menjerit seperti gangster di dalam demonstrasi bersama geng baju kuning yang bodoh? (yang penyokongnya kebanyakan Melayu, dan bukan Melayu hanya melihat dan mentertawakan orang melayu)

Dengan seorang ahli parlimen pembangkang yang juga ahli PAC secara sulit bertemu dengan dengan Clare Brown?

Dengan tidak menghayati kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan di dalam Rukun Negara?

Dengan terus-terusan melontarkan tuduhan dan mengulang-ulang tuduhan walaupun tuduhan itu telah dinafikan berserta dengan bukti?

Dengan meminta sebuah parti politik mendedahkan sumber derma dan parti lain tidak perlu berbuat demikian?

Dengan hanya membaca apa yang terpapar di internet dan membuat kesimpulan sendiri seolah-olah seperti seorang hakim yang telah membaca semua fakta?

Dengan menafikan fakta yang 48 orang ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kabinet, kecuali 2 orang, telah menerima PM untuk memegang dana parti di dalam akaun seperti yang dibenarkan oleh klausa 27 perlembagaan UMNO?

Dengan mengabaikan kemungkinan yang sebuah negara Islam Timur Tengah telah membantu Malaysia, sebuah negara majoriti muslim, untuk melindungi muslim dari kuasa yang sering menyerang muslim?

Dengan mengabaikan kemungkinan calon politik lain turut menggunakan dana seperti itu di dalam kempen politik mereka, yang jauh melebihi had yang ditetapkan oleh SPR iaitu RM200,000 seperti yang diperkatakan oleh Tun Mahathir yang mengakui, jumlah dana untuk pilihanraya ketika beliau menjadi Perdana Menteri juga mencecah berbilion ringgit.

Dengan mengabaikan manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat melalui kemakmuran industri kuasa, melalui loji-loji janakuasa 1MDB (5.594 MW) apabila pada tahun 2020, negara ASEAN akan mengimport dan mengeksport tenaga eletrik melebihi 20,000 MW setahun?

Dengan mengabaikan nilai sebenar tanah utama di tengah-tengah Kuala Lumpur yang mempunyai potensi aset melebihi RM51 bilion yang berupaya menjana pendapatan yang berterusan untuk menangani hutang RM42 bilion, yang sesen pun tidak melibatkan duit pembayar cukai, kecuali bantuan RM700 juta dari Kementerian Kewangan yang bertujuan untuk membolehkan syarikat tersebut terus beroperasi sehingga aliran tunai kembali stabil?

Dengan mengabaikan kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan polisi yang tidak popular, GST yang telah menyebabkan rakyat marah walaupun ia merupakan perkara yang wajar dilakukan dan pembangkang mengambil kesempatan ke atasnya?

Dengan mengutuk kerajaan atas ketidakstabilan politik yang menyebabkan nilai ringgit jatuh menjunam walaupun anda tahu ketidaksabilan itu didalangi oleh pembangkang?

Dengan mengutuk kerajaan atas suasana ekonomi yang muram sedangkan ekonomi negara memperoleh penarafan A- dari Fitch dan disokong oleh Standard and Poors. Dengan mengutuk kerajaan atas dasar fiskal yang tidak baik sedangkan rizab antarabangsa Malaysia kukuh untuk 7 bulan import yang melebihi standard antarabangsa 3 bulan, yang disokong oleh KDNK 6% pada 2014 dan jangkaan KDNK 5.5% pada 2015 dan jangkaan defisit bajet serendah 3.9%?

Dengan mengabaikan bahawa BR1M yang dipanggil ‘rasuah’ yang sebenarnya telah memacu pendapatan, menaikkan kadar penggunaan dan menyediakan platform untuk ekonomi pacuan pengguna?

Dengan mengutuk kerajaan tidak berguna kepada negara sedangkan apabila anda membaca RMK11, anda boleh mengenalpasti begitu banyak usaha dilakukan untuk menolong fakir miskin, memperbaiki pendidikan, memperbanyakkan peluang pekerjaan, menaiktaraf infrastruktur, menjana keusahawanan dalam kalangan belia, mempromosikan kepelbagaian sumber ekonomi, membahagikan bajet ke setiap kumpulan etnik, perumahan yang murah melalui PR1MA dan banyak lagi?

Jika begitu, saya harus menolak untuk menerima cadangan anda.