Bersih 4.0 Dibayangi NED & GEORGE SOROS

Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah semalam menafikan mereka dibiayai National Endowment for Democracy (NED) ditunjangi George Soros tetapi oleh National Democratic Institute (NDI) dan OSI.

NED ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dibayangi Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat sering dikaitkan dengan gerakan ‘perubahan rejim’ di seluruh dunia dan melindungi kepentingan Amerika Syarikat di negara luar.

Bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai NED dan apakah fungsi mereka, anda boleh menonton dokumentari berikut:

1) American taxpayers & the US National Endowment for Democracy

2) US ‘destabilising’ Hong Kong through National Endowment for Democracy?

Negara Ukraine, China dan negara terlibat dalam pembangkitan Arab Spring boleh bercerita mengenai NED dan mengapa Rusia mengharamkan NED.

Tiada negara yang dinyahstabilkan NED berakhir aman dan stabil, malah turut menghancurkan ekonomi dan nyawa rakyat mereka.

Malangnya, apa yang tidak didedahkan Bersih, pembiayaan daripada NDI disalurkan daripada NED.

NED di laman webnya turut menyatakan mempunyai hubungan istimewa daripada empat pembiaya utama di Amerika Syarikat kononnya mewakili pembinaan komuniti demokrasi dan salah satu daripadanya ialah National Democratic Institute for International Affairs (NDI). http://www.ned.org/about/faqs/

“Setiap penerima pembiayaan geran ini menerima bahagian seimbang daripada bajet NED, dan setiap program dilakukan secara teliti bersama kakitangan NED dan diluluskan lembaga pengarah NED.”

Ini bermakna 25 peratus daripada pembiayaan tahunan NED disalurkan kerajaan Amerika Syarikat diberikan kepada NDI, yang turut membiayai BERSIH.

Lihat:

Bagi Open Society Institute (OSI) yang disebut BERSIH, ia dikenali sebagai Open Society Foundation.

Ia diasaskan George Soros pada 1993 dan dilaporkan sudah membelanjakan USD11 bilion (RM41 bilion) bagi membiayai pelbagai gerakan di seluruh dunia dengan matlamat sehala dengan NED.

(Untuk rekod, George Soros memiliki 29 peratus media dalam talian, Malaysiakini dan turut dipaparkan di laman web media pro pembangkang itu di sini).

Soros adalah individu yang melakukan serangan terhadap ekonomi negara pada 1997 – 1998 dan turut popular dengan ayat diucapkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad: “Jumpa anda pada 5,” yang membawa maksud dia akan melakukan serangan sehingga Ringgit Malaysia menjunam sehingga USD1 – RM5.

Jelas, BERSIH dibiayai pertubuhan dibayangi CIA dan individu yang melakukan serangan matawang terhadap Malaysia dan memperoleh keuntungan daripadanya, untuk perubahan rejim.

Jangan jadi bodoh. Mereka membiayai pertubuhan seperti itu kerana mereka melakukan apa yang dikehendaki. Tidak mungkin mereka menyalurkan wang tanpa sebab.

Sumber: http://mynation.my/bersih4-dibayangi-george-soros/