Bersih Serta Bahaya Protes & Revolusi

Bayangkan tahunnya 2019 dan Perdana Menteri Malaysia adalah Azmin Ali dari PKR. Pakatan telah menang pilihanraya bersejarah pada tahun sebelumnya. Beratus ribu penyokong UMNO telah berkumpul di jalanraya Kuala Lumpur, menuntut perletakan jawatan Azmin. Ibu negara lumpuh, begitu juga dengan ekonomi. Pengundi Pakatan akan mengambil kesempatan, menuduh UMNO menggugat keamanan negara dan enggan menerima keputusan pilihanraya. Dan pada masa yang sama, mereka nekad untuk melakukan perkara yang sama ketika Bersih 4.0.

Ramai penyokong Pakatan menuntut dan memprotes supaya Najib berundur. Mereka mengambil inspirasi dari revolusi kuasa rakyat di Filipina dan Indonesia yang berjaya menurunkan Presiden Marcos dan Presiden Suharto. Tetapi mereka terlupa dengan protes tanpa henti yang membinasakan di Thailand.

Untuk sedekad, kumpulan pro dan anti Thaksin di Thailand bertembung di perhimpunan yang telah menumbangkan kerajaan-kerajaan dan melumpuhkan ekonomi. Malah, persamaan antara individu yang menjadi tumpuan protes – Thaksin Shinawatra – dan Perdana Menteri Najib Razak sangat ketara. Kedua-duanya penuh kontroversi dengan pelbagai tuduhan korupsi dan ditentang oleh kumpulan baju kuning.

Pengalaman yang dilalui Mesir ketika Arab Spring juga memberi petunjuk. Beratus ribu yang berjaya menumbangkan Presiden Hosni Mubarak kembali hanya 2 tahun kemudian menuntut pengunduran penggantinya – Presiden Morsi – Tentera telah mengambil kesempatan dan mengawal negara dan sekarang Mesir kembali diperintah diktator – yang dikatakan lebih teruk dari regim Mubarak.

Ada risiko yang sangat pasti, sekiranya Najib berjaya ditumbangkan, krisis akan menjadi seperti di Mesir dan Thailand, dimana perhimpunan jalanan akan menjadi kebiasaan dan menjadi medium kita menumbang dan memilih kerajaan. Ia adalah sesuatu yang kita sangat berharap tidak terjadi di Malaysia. Jika suasana ekonomi yang muram dan kejatuhan ringgit saja sudah membuat anda tertekan, tunggu lah apabila gangster-gangster ini menjadi norma politik semasa.

Jadi, mengapa ramai sangat yang mabuk dengan protes yang ingin menumbangkan Najib ini? Apa yang menjadikan mereka begitu inginkan revolusi ini? Jawapannya mudah. Revolusi merupakan satu perkara yang cukup romantik dan cukup mudah. Mereka berkongsi satu penceritaan di mana orang yang benar dan tertindas akan menang menentang golongan elit yang korup. Ceritanya berakhir apabila golongan tersebut dijatuhkan dan orang ramai hidup aman bahagia selepas itu. Kecuali, dalam dunia nyata, ianya tidak berlaku.

Revolusi Perancis telah menjatuhkan Raja yang kemudiannya menyaksikan Perancis dijahanamkan oleh ‘Reign of Terror’ – satu tempoh di mana ramai dihukum mati kerana kerana disyaki menjadi ‘musuh revolusi’. Ia kemudian disusuli oleh kemunculan Napoleon – yang bukanlah seorang yang demokratik.

Revolusi Rusia telah menendang keluar Tsar yang kemudiannya menyaksikan kelahiran Kesatuan Soviet yang totalitarian. Revolusi Iran telah menjatuhkan Shah, yang memunculkan pemerintahan teokratik yang berkuasa hingga hari ini. Dan begitulah seterusnya. Walaupun terdapat revolusi yang ‘sederhana’, sejarah tidak begitu memihak kepada ‘golongan yang benar’ yang mahu menjatuhkan ketua mereka.

Walaupun revolusi ‘berjaya’, perubahannya hampir tidak kelihatan. Puluhan tahun selepas kejatuhan Suharto dan Marcos, rasuah dan salah salah urus pentadbiran masih lagi berleluasa di Indonesia dan Filipina. Dalam setiap perkiraan, Malaysia kurang korup, lebih makmur ekonominya dan berdaya saing ekonomi – anda boleh rujuk Bank Dunia, Forum Ekonomi Dunia, Transparency International dan sebagainya.

Dan itu tepat kepada isunya – urustadbir yang cekap adalah lebih dari sekadar menukar kerajaan melalui jalanraya atau kertas undi. Terlalu ramai penyokong Bersih yang percaya dengan menumbangkan Najib atau UMNO dari puncak kuasa adalah merupakan peluru ajaib yang diperlukan untuk ‘menyelamatkan Malaysia’ dan membawanya keluar dari era perkauman dan rasuah. Jika anda percaya perkara sebegini, maka anda sama naif dengan rakyat Amerika yang percaya kejatuhan Saddam akan melahirkan demokrasi yang liberal di Iraq.

Walaupun klise, perubahan akan memakan waktu. Pertama dan paling penting, perlu ada alternatif kepada perkara yang sedia ada yang positif, yang merangkumi semua, menyeluruh dan konsisten, yang kebetulan tidak menggambarkan langsung kerajaan Iraq sekarang dan apa yang tinggal pada Pakatan Rakyat. Kerajaan Iraq mungkin sedang menentang untuk menyelamatkan diri dari organisasi pengganas yang gila, tetapi tiada siapa pun yang meragui kewujudannya buat masa kini – suatu yang tidak ada pada Pakatan.

Penyelesaiannya mudah. Kepada mereka yang merancang untuk berhimpun minggu ini, lebih baik anda membuat sesuatu yang berguna di negara ini dengan mewujudkan pembangkang yang lebih baik, yang lebih berkredibiliti daripada menyertai protes yang tidak membawa apa apa makna, dan paling teruk, percubaan yang sangat teruk untuk sebuah revolusi. Mereka sepatutnya menekan parti pembangkang untuk mengambil pendekatan yang jelas dan konsisten terhadap isu-isu semasa, menyediakan pelan tindakan yang komprehensif dan mencalonkan calon perdana menteri yang berkredibiliti. Lagipun, sebagai pengundi pembangkang, mereka pastinya mahukan yang terbaik dari pembangkang.

Bayangkan pada tahun 2018, dan pengundi Pakatan boleh berkata dengan yakin yang mereka tidak mengundi BN mahupun pembangkang. Bukankah itu sesuatu? Mengubah parti politik, menang pilihanraya, dan mentadbir yang sebenarnya adalah jauh lebih sukar dari memprotes. Dan ia mengambil masa yang lebih panjang juga. Tetapi kita tahu ini – Sejarah menghukum mereka yang mengambil jalan mudah.

Oleh Sebastian Loh,
Malay Mail Online,
http://www.malaysia-today.net/bersih-and-the-dangers-of-protests-and-revolutions/