Bila Tony Pua Mahu Sama Lester Melanyi?

Sudah hampir sebulan sejak Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mencabar untuk menyaman bekas kakitangan Sarawak Report, Lester Melanyi kerana konon memfitnahnya dalam beberapa rakaman video yang mendedahkan penglibatan Tony dalam cuba memfitnah Perdana Menteri menggunakan Sarawak Report.

Tony pada waktu itu bukan saja ugut nak saman Lester, malah nak saman juga orang yang menyebarkan video tersebut di laman sosial – kebebasan internet kononnya. Bukan main besar lagi cakap kau, tapi mana dia? Dah nak sebulan dah ni.

Kita tidaklah bercakap tentang saman di Amerika Syarikat seperti mana proses yang sedang berjalan dalam kes Perdana Menteri nak saman WSJ, tapi ini adalah saman dalam negara yang bukan pertama kali Tony terlibat dengannya. Banyak kali dah dia menyaman atau disaman.

Saman Perdana Menteri ke atas WSJ itu rumit kerana perlu berurusan dengan sistem keadilan asing yang langsung tak sama dengan negara ini. Peguam pun perlu lantik dari US juga, bukan boleh tangkap muat macam itu saja. Jadi tak hairan kalau ambil masa panjang.

Yang saman Tony seperti diugutkan ke atas Lester ini guna sistem di Malaysia.

Takkan itu pun makan masa yang panjang juga, sebab sehingga sekarang kita tidak mendengar Melanyi ada menarik balik kenyataannya itu. Rakaman video yang dipertikaikan Tony masih lagi terdapat di blog lestermelanyi.blogsot.com, belum dipadamkan lagi.

Atau memang Tony takut nak saman kerana kes itu kuat? Kebarangkalian itu ada sebab seorang lagi yang dituduh, Rafizi Ramli tidak langsung berbunyi nak saman atau tidak saman.

Begitupun, moral ceritanya ialah, saman menyaman ini makan masa panjang, bukan hari ini sebut, besok boleh masuk mahkamah. Sebelum sesiapa pertikai saman Perdana Menteri, tengok dulu kes Tony ni, tak berjalan sampai sekarang pun.

Kalau pun Tony memulakan prosiding undang-undang ke atas Melanyi pada bila-bila masa selepas ini, itu adalah kerana artikel ini, kes nak cover malu saja.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/08/bila-tony-nak-saman-lester-melanyi-cakap-bukan-main/