DAP Tidak Pernah Terima Satu Sen Pun Dana Asing? Mungkin Lim Kit Siang Menghidapi Penyakit Amnesia

Bekas ahli DAP, Shen Yee Aun mengingatkan kembali satu fakta kepada pemimpin seumur hidup parti itu yang mengalami penyakit amnesia (ingatan terpilih).

Fakta itu berkaitan dengan penglibatan badan pemikir DAP, REFSA (Research for Social Advancement) dalam menggerakkan Revolusi Warna (Kuning) yang dinamakan BERSIH di Malaysia pada tahun 2005.

Ia sebagai menjawab dakwaan Kit Siang yang menafikan parti itu menerima tajaan asing untuk melaksanakan operasinya di Malaysia:



Hello Uncle Lim,

NDI (National Endowment for Democracy) mengakui bahawa mereka telah mengadakan beberapa bengkel dengan kerjasama sebuah NGO Malaysia, REFSA, yang terlibat dalam latihan kepimpinan dan pengurusan organisasi untuk BERSIH.

REFSA (Think Tank DAP), yang menjalankan Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat beroperasi dari 4A, Jalan Sepadu, Taman Bersatu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Ia diketuai oleh bekas Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong (sekarang beliau merupakan Ahli Parlimen DAP Kluang).

Selain REFSA, NGO lain yang menjadi anggota BERSIH termasuklah Amnesty International Malaysia (AIM), Semua Persatuan Aksi Wanita (AWAM), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Penulis untuk Media Independence (WAMI), Majlis Peguam dan lain-lain.

Kebanyakan daripada NGO di atas ditaja oleh dana Yahudi, NED (National Endowment for Democracy) dan Open Society Institute (OSI), yang dimiliki oleh perompak pedagang matawang Yahudi George Soros.

Pada Julai 2005, NDI bersama REFSA menganjurkan satu bengkel pilihan raya peringkat kebangsaan untuk pemimpin-pemimpin parti, sebagai sebahagian daripada satu siri usaha yang gigih dan bersepadu untuk menggalakkan reformasi pilihan raya di Malaysia.

REFSA adalah antara sekretariat di BERSIH.

Laman web NDI: https://www.ndi.org/malaysia?

Program NDI di Malaysia dibiayai oleh National Endowment for Democracy (NED). Ditulis oleh laman web NDI sendiri.

Oleh Shen Yee Aun,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=424217404453830&set=a.245809338961305.1073741858.100005967221728&type=1&theater