Demokrasi Dan Hak Kedaulatan Kita Tidak Seharusnya Ditentukan Oleh Mana-mana Agen Negara Asing Yang Membiayai Penderhaka Di Kalangan Kita

Dua hari lalu, BERSIH mengumumkan akan mengadakan perhimpunan serentak BERSIH 4.0 di Kuala Lumpur, Saban dan Sarawak pada 29 hingga 30 Ogos ini.

Mereka menyasarkan 1 juta penunjuk perasaan.

Bekas pengerusi BERSIH, S. Ambiga turut mengeluarkan kenyataan ancaman dua hari lalu, kononnya mereka perlu menubuhkan satu kerajaan sementara atau menghadapi protes ala Sri Lanka melalui BERSIH 4.0.

Jika mengancam untuk menukar kerajaan dengan menubuhkan kerajaan sementara bukan cubaan menukar rejim, apakah maksud lain terhadap ancaman ini dan sasaran ini adalah selaras dengan halatuju NDI dan OSI, dan secara asasnya NED.

Ancaman ini turut disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut Seksyen 124, Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti bertentangan dengan demokrasi berparlimen dan kenyataannya direkodkan semalam.

Lanjutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan amanat kepada bakal jemaah haji yang ditaja 1Malaysia Development Board (1MDB) semalam meminta mendoakan Malaysia selamat.

“Tolong doakan. Doa di tempat mustajab doanya. Insya-Allah di Masjidil Haram, di sudut pancuran emas, di Madinah, dalam Raudah, di Arafah.

“Tolong doakan supaya negara selamat, doa supaya kepimpinan kerajaan negara kita, kita yang tentukan, bukan orang luar, bukan orang asing yang boleh jadi penentu siapa dalam kerajaan, siapa yang dia mahu jatuhkan.

“Oleh itu, moga Allah beri kekuatan pada tuan-tuan mengerjakan ibadah haji selama 40 hari. Saya tahu ia perlu kekuatan stamina,” kata Najib sewaktu menyerahkan surat tawaran haji di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, petang semalam.

Jika anda suka atau membenci Najib sekalipun, demokrasi dan hak kedaulatan kita tidak seharusnya ditentukan oleh mana-mana agen negara asing yang membiayai penderhaka di kalangan kita.

Kita menentukan sebarang perubahan kerajaan di kotak undi menggunakan demokrasi kita dan mengikut adunan kita sama ada di pemilihan parti mahupun pilihanraya umum.

Itu cara kita dan bukannya melalui protes jalanan yang mencetuskan kekacauan dan memberi lebih banyak keburukan kepada ekonomi negara.

Baca : BERSIH 4.0 DIBAYANGI NED & GEORGE SOROS
https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/810798975701522/?type=1

Sumber: http://mynation.my/bersih4-dibayangi-george-soros/