Demonstrasi Di Jalanraya Lebih Banyak Datangkan Keburukan Dari Kebaikan

Pelbagai kumpulan, dari ‘Demi Malaysia’ kepada ‘Bersih’ sedang merancang siri perhimpunan jalanan menentang Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia. Orang ramai digalakkan untuk keluar dan menyertai apa yang dipanggil sebagai perhimpunan aman untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan.

Walaubagaimanapun, polis telah mengeluarkan amaran keras terhadap perhimpunan haram ini, menambah mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pesalah dan mereka yang mengancam keselamatan negara.

Benarkah perhimpunan jalanan ini membantu?

Malaysia, Kuala Lumpur khususnya, telah menyaksikan beberapa perhimpunan aman beberapa tahun kebelakangan ini. Apa yang dikatakan sebagai perhimpunan aman, bertukar ganas. Ada apa-apa yang telah berubah sejak perhimpunan-perhimpunan tersebut? Adakah perhimpunan jalanan mempunyai kesan ke atas kerajaan dan ahli politik? Apa manfaat petisyen online kepada Rumah Putih berkenaan Kerajaan Malaysia?

Satu-satunya perkara yang berlaku adalah perhimpunan yang bertukar ganas ini telah menjadikan Malaysia tumpuan perhatian antarabangsa. Barack Obama masih lagi datang ke Malaysia untuk mengeratkan hubungan diplomatik. Najib masih ke US untuk bermain golf dengan Obama. Narendra Modi masih lagi datang ke Malaysia dan menjemput Malaysia melabur di India. China masih lagi berhasrat untuk meningkatkan dagangan dengan kerajaan. David Cameron masih lagi meneruskan lawatan luarnya ke Malaysia. Anwar Ibrahim masih lagi mereput di dalam penjara. Jadi, apa yang telah dicapai?

Kesan Perhimpunan Jalanan

Perhimpunan jalanan tiada apa-apa selain menyusahkan peniaga yang jujur dan amanah yang bekerja sepanjang masa untuk menyara hidup. Harta benda dirosakkan, sampah dibuang merata, orang ramai tercedera dan perniagaan mengalami kerugiaan.

Hadapi fakta.

Anda hanya akan menyusahkan untuk orang yang kononnya nasibnya anda perjuangkan. Akan terdapat seorang yang akan memulakan kekacauan dan akan menjadi huru hara. Penganjur perhimpunan sebelum ini mengatakan pencetus kekacauan ini merupakan upahan pihak ketiga untuk memulakan huru hara. Jangan salahkan sesiapa jika itu berlaku kerana anda telah memberikannya platform untuk bertindak demikian.

Apabila video keganasan perhimpunan jalanan disiarkan di televisyen dan laman sosial media serata dunia, apa yang dicetuskan adalah perasaan takut. Sektor pelancongan pasti terkena tempiasnya. Syarikat asing mengelak melabur di Malaysia. Lebih teruk, syarikat antarabangsa menutup hub mereka di Malaysia dan berpindah ke negara yang lebih ‘selamat’. Ini akan menyebabkan kesan domino. Ramai akan kehilangan kerja. Ekonomi negara terumbang ambing. NIlai ringgit turun, inflasi dan cukai naik.

Dalam jangka masa panjang, orang yang sama berjalan ketika perhimpunan ini adalah orang yang akan menderita. Ahli politik tidak akan terjejas.

Isu telefon bimbit yang kecil di Low Yat baru baru ini telah mencetuskan ketegangan perkauman. Bayangkan, di dalam masa yang menguji ini, ada yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kekacauan sebegini di perhimpunan jalanan? Jika keadaan menjadi tidak terkawal, penganjur dan peserta mesti bertanggungjawab.

Adakah Kita Patut Berdiam Diri?

Semestinya tidak. Itu adalah jenayah yang lebih besar. Terdapat cara yang mematuhi perlembagaan untuk menjatuhkan kerajaan. Fikirlah bagaimana. Jika anda tidak mempunyai kemampuan berfikir, janganlah pula merosakkan apa yang ada dengan turun ke jalan raya.

Laksanakan tanggungjawab anda di kotak undi. Jika anda mempunyai masa lapang, pergi ke kawasan kubu kuat Barisan Nasional dan yakinkan penduduk di sana supaya jangan mengundi BN lagi. Walaupun ianya pilihan yang lebih sukar, ia merupakan pilihan yang betul. Jika 52% yang mengundi pembangkang tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan, usahakan untuk 70% pula.

Melainkan jika anda mahukan negara Malaysia yang sentiasa mengadakan perhimpunan jalanan walau kerana terdapat kenaikan harga lampin bayi. Teruskan dengan perhimpunan anda.

Bayangkan keluarga yang dah merancang percutian di Kuala Lumpur. Bayangkan anggota polis yang dah merancang dan membayar untuk percutian keluarga. Semuanya perlu dibatalkan. Adakah penganjur dan mereka yang ingin menyertai perhimpunan ini akan membayar pampasan atas kerugian mereka?

Jika anda percaya polis anti pembangkang, maka galakkan anak anda untuk menjadi pegawai polis. Berhenti pekerjaan anda sekarang dan mohon untuk menjadi pegawai polis dan tegakkan apa yang anda percaya betul.

Turun ke jalanraya untuk berhimpun tidak akan mengubah apa-apa. Ianya tindakan yang gilakan publisiti. Ia ada tindakan emosional dan bukan respon yang pintar.

Oleh Karamjit Gill,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2015/07/31/street-rallies-do-more-harm-than-good/