Denmark & New Zealand Berada Pada Kedudukan No.1 & No.2 Negara Paling Kurang Rasuah, Tetapi Mengapa Nilai Matawang Mereka Lebih Teruk Berbanding DOLAR?

Dalam keputusan Transparency International 2014 terbaru, Denmark dan New Zealand berada di kedudukan nombor satu dan nombor dua negara paling kurang rasuah (paling bersih) di dunia daripada 174 buah negara. Malaysia berada di kedudukan ke-50.
https://www.transparency.org/cpi2014/resultsNamun, mata wang mereka telah menurun secara drastik berbanding Dolar AS sepanjang tahun lalu – lebih kurang sama dengan kejatuhan Ringgit Malaysia.

Sebenarnya, prestasi kedua-dua mata wang mereka jauh lebih buruk berbanding dengan Ringgit sepanjang tahun lalu di mana nilai tertinggi adalah RM3.13 dan paling lemah adalah RM4.12 – penurunan sebanyak 31.6% berbanding dengan 32% dan 36% untuk New Zealand dan Denmark.

Adakah ia juga kerana Najib, rasuah yang dahsyat dan 1DDB (1Denmark Development Berhad) serta 1NZDB (1New Zealand Development Berhad)?

Atau adakah Tun Mahathir dan elemen anti Najib cuba untuk secara tidak adil menyalahkan Najib?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1709412725944181&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1&theater