Derma Politik DI Sini Dan Negara Lain, Di Mana Kedudukan Malaysia?

Kekecohan mengenai dema politik baru-baru ini telah menyebabkan banyak soalan dilontarkan dari pelbagai kelompok masyarakat.

Jadi, apakah itu derma politik dan dari mana datangnya derma ini?

Apa yang menjadikan derma politik ini sah bergantung kepada undang-undang negara masing-masing. Negara yang berbeza mempunyai sekatan yang berbeza untuk derma dan dana politik. Sebagai contoh, di UK dan US, derma politik dari korporat adalah tidak dibenarkan manakala di Australia dan Malaysia, ianya dibenarkan.

Pertama sekali, derma politik adalah sah di Malaysia. Akta Pilihanraya (1954) memperuntukkan perbelanjaan maksimum yang dibenarkan untuk calon yang bertanding kerusi parlimen dan kerusi dewan undangan negeri semasa tempoh kempen.

Jumlah perbelanjaan kempen yang dibenarkan oleh Akta Pilihanraya (1954) adalah RM100,000 bagi setiap calon DUN dan RM200,000 bagi setiap calon parlimen. Kalau menurut garis panduan ini, dengan sejumlah 505 kerusi DUN dan 222 kerusi parlimen, jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan oleh BN hanyalah RM95 juta.

Walaubagaimanapun, dalam soal dana parti politik, ianya tiada limit, dan parti tidak diwajibkan untuk mendedahkan sumber dana, dan ini menjadikan dana politik satu subjek yang kabur tetapi masih sah di negara ini.

Dengan pendedahan sejumlah RM2.6 bilion derma politik yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum PRU 13, mari kita lihat sumbangan politik yang diterima dari negara serata dunia:


1) United States – Pilihanraya 2014. Jumlah: USD1 bilion (RM4 bilion)

Di US, dana politik, atau lebih dikenali sebagai pembiayaan kempen, di peringkat persekutuan, ianya ditadbir oleh undang-undang yang dibentangkan di Kongres dan dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan (FEC), sebuah agensi persekutuan yang bebas.

Pembiayaan kempen diterjermah seperti di bawah:
– Penyumbang individu kecil (sumbangan USD200 atau kurang)
– Penyumbang individu besar (sumbangan lebih USD200)
– Jawatankuasa tindakan politik (PAC)
– Pembiayaan sendiri (duit calon sendiri)

Adalah haram untuk menerima sumbangan dari luar. Derma korporat juga diharamkan, melainkan PAC diberitahu mengenainya, di mana mereka boleh menjana sumbangan sukarela dari kelompok individu yang terhad dan menggunakan dana itu untuk menyokong calon persekutuan dan jawatankuasa politik.

Pada pilihanraya pertengahan penggal 2014, kedua parti Demokrat dan Republican memperolehi USD1 bilion, dengan Parti Demokrat mencatatkan USD450, 776, 626 juta manakala Parti Republican memperolehi USD585, 606, 851 juta.


2) United Kingdom – Pilihanraya 2015. Jumlah: USD168 juta (RM 1 bilion)

Di UK, dana politik telah mencetuskan pelbagai kontroversi selama bertahun-tahun. Ada 3 sumber utama parti politik mendapatkan dana – yuran keahlian, derma, dan dana dari kerajaan (hanya untuk kos pentadbiran).

Buat masa sekarang, pengisytiharan mesti dibuat untuk sumbangan melebihi 5,000 pound (RM30,107) untuk parti kebangsaan dan 1,000 pound untuk persatuan tempatan. Walaupun derma tanpa nama dibenarkan, sebarang jumlah melebihi 50 pound (RM301) adalah dilarang.

Di England, derma dan pinjaman sebegini mesti dilaporkan di dalam pengkalan data Suruhanjaya Pilihanraya untuk memastikan ada ketelusan pembiayaan parti-parti ini.

Untuk perbandingan, kita ambil tempoh setahun sebelum pilihanraya 2015 di UK untuk melihat jumlah derma yang diperolehi oleh parti-parti politik dalam tempoh tersebut. Sejumlah 107 juta pound (USD168 juta, RM1 bilion) berjaya dikumpul.


3) Australia – Pilihanraya 2013. Jumlah: USD42 juta (RM165 juta)

Kebanyakkan negara demokratik mengharamkan derma dari korporat, negara asing, atau memerlukan kelulusan pemegang saham untuk derma syarikat. Tetapi, sama seperti Malaysia, Australia tidak mempunyai larangan sebegini.

Suruhanjaya Pilihanraya Australia (AEC) menerbitkan jumlah derma setiap tahun, menyenaraikan setiap derma yang melebihi ‘jumlah yang perlu didedahkan’. Jumlah yang perlu didedahkan untuk 1 Julai 2015 ke 30 Jun 2016 adalah melebihi A$13,000 (RM37,703).

Ini bermakna, jika individu yang sama membuat sumbangan pada hari yang berbeza tetapi melebihi A$13,000, akan perlu mendedahkan sumbangan tersebut dan perlu menghantar Borang Penderma Pilihanraya kepada AEC.

Untuk pilihanraya 2013, kesemua parti menerima sejumlah A$58 juta (USD42 juta, RM165 juta) di dalam bentuk dana politik.


4) India – Pilihanraya 2014. Jumlah derma USD60 juta (RM235 juta)

Pilihanraya politik India telah lama diselubungi kontroversi, terutamanya yang melibatkan 3C – korupsi, klien, klan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemulihan Demokratik (ADR) pada 2014, 29 dari 45 parti politik di India tidak menyerahkan laporan derma yang diterima mereka kepada Suruhanya Pilihanraya India setakat September 2014 dan tarikh tutup adalah 30 Novermber 2014.

ECI dalam satu kenyataan bertarikh 29 August 2014 berkata “Kebimbangan telah dilontarkan dari pelbagai kelompok yang kuasa wang telah menganggu pilihanraya”

Menurut pecahan derma pilihanraya (yang melebihi Rs20,000) berdasarkan apa yang dilaporkan oleh setiap parti politik untuk tahun 2013 dan 2014, jumlah sumbangan yang dilaporkan oleh semua parti politik (yang dikenali dan tidak dikenali) adalah Rs3,82,20,65,093 (USD60 juta, RM235 juta)

Berdasarkan undang-undang pembiayaan politik, parti politik dibenarkan untuk merahsiakan penderma mereka jika sumbangan yang diterima tidak melebihi Rs20,000 (RM1,214). Ini merupakan antara peraturan yang diambil kesempatan oleh parti di India, apabila penerima sumbangan hanya perlu memecahkan sumbangan yang besar kepada pecahan kecil yang tidak melebihi Rs20,000.

Laporan dari ADR mendedahkan, yang parti Bahujan Samaj Party (BSP), yang telah menunjukkan pendapatan Rs.172 crore (RM104 juta) tetapi telah mengisytiharkan kepada ECI yang kesemua sumbangan yang diterima itu tidak melebih Rs.20,000!


5) Singapura – Pilihanraya 2011. Jumlah Derma: Tidak diketahui

Walaupun jumlah dan pecahan derma politik pada pilihanraya Singapura yang lalu tidak didedahkan kepada awam, Akta Derma Politik negara itu lebih tegas berbanding India.

Akta ini secara amnya melarang sebarang derma kepada parti politik dari sesiapa yang tidak dianggap sebagai penderma, seperti warga asing. Penderma yang dirahsiakna namanya sangat dilarang keras. Derma hanya dikira tidak diketahui jika penerima tidak dapat memastikan identiti penderma. Walaubagaimanapun, penderma tidak boleh meminta nama mereka dirahsiakan.

Lagipun, sesebuah parti tidak boleh menerima lebih dari S$5,000 (RM14,141) derma tidak diketahui dalam sesebuah tahun kewangan. Ini bermakna, jika parti itu menerima beberapa bayaran sekaligus dari sumber yang tidak diketahui yang melebihi S$5,000, lebihannya mesti dipulangkan dalam tempoh 30 hari. Persatuan politik boleh memulangkan kesemua kepada individu yang menyampaikannya (selain dari penderma), kepada institusi kewangan atau jika tidak, kepada Pendaftar Derma Politik.

Parti politik juga dilarang dari menerima derma dari sumber asing untuk menghalang warga asing masuk campur dalam politik tempatan.

Walaubagaimanapun, jiran kita ini tidaklah bersih dari sebarang kontroversi derma politik. Pada 2011, sebelum pilihanraya, Nicole Seah, calon National Solidarity Party (NSP) telah dikritik dan dipersoalkan apabila beliau cuba mencari dana untuk kempen beliau.

Seah telah menulis di laman Facebook , meminta derma untuk membiayai perbelanjan pilihanraya pasukan beliau yang berjumlah S$35,000 (RM99, 246). Tindakan beliau mengundang persoalan apabila maklumat akaun yang diberikan merupakan akaun beliau. Walabagaimanapun, ianya tidak menjadi kesalahan untuk memasukkan duit dana politik terus ke akaun peribadi seseorang, selagi derma itu direkodkan di dalam laporan derma.


6) Malaysia – Pilihanraya 2013. Jumlah derma: Sekurang-kurangnya USD700 juta (RM2.6 bilion)

Kontroversi mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri telah membuatkan ramai mempersoalkan undang-undang pembiyaan politik di negara ini. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Paul Low, Menteri JPM yang bertanggungjawab menjaga integriti, telah menyeru ke arah undang-undang yang memerlukan kesemua parti politik mendedahkan sumber dana mereka untuk menjadikan pilihanraya lebih telus.

“Terdapat keperluan yang sangat mustahak untuk menggubal undang-undang yang melarang sebarang bentuk derma politik dari sumber asing, atau dari penderma yang bukan rakyat Malaysia dan berpengkalan di Malaysia. Kesemua derma politik mestilah tidak disalurkan kepada akaun individu dan hanya disalurkan ke akaun parti dan senarai penderma mestilah didedahkan.” Low dipetik sebagai berkata di dalam laporan berasingan oleh The Malaysian Insider, Astro Awani dan Malay Mail.

Sumber dana yang tidak diketahui yang tidak dikawal, terutamanya dari sumber asing, boleh mempengaruhi proses politik dalam cara yang negatif, seperti ‘pembelian undi’ dan pengaruh dalam keputusan polisi. Ia juga boleh mengancam proses dan nilai demokrasi.

Tiada laporan rasmi berkenaan jumlah derma yang dikutip oleh semua parti politik di Malaysia. Lagipun, tiada had untuk derma yang tidak diketahui identitinya, ataupun larangan terhadap derma asing dan korporat.

Menurut laporan yang disiarkan The Malaysian Insider pada 27 Februari 2012, dan The Borneo Post pada 28 Februari 2012, Najib berkata “kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mengawal pembiayaan politik. Inisiatif ini akan menekankan setiap sumbangan yang diberikan kepada parti politik, di peringkat negeri dan persekutuan, mestilah disalurkan kepada akaun rasmi parti”

Walaubagaimanapun, tiada undang-undang dibuat atas perkara ini selepas dibantah oleh beberapa pihak, yang merasakan pertandingan yang tidak adil akan menjejaskan peluang parti mereka. Buat masa ini, tiada rekod berkenaan pembiayaan politik untuk rujukan awam.

Disebabkan kekurangan rekod dan peraturan, beberapa ahli politik mendakwa mereka sendiri tidak tahu berapa mereka belanjakan untuk kempen pilihanraya.

Menurut kertas ilmiah tahun 2014 yang diterbitkan oleh Dr Wolfgang Sachsenroeder, felo bersekutu di Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura, UMNO dikatakan membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihanraya umum 2004.

Untuk pilihanraya umum 2013, kita hanya mengetahui kewujudan derma RM2.6 bilion yang dibuat kepada UMNO melalui Perdana Menteri yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri melalui 3 transaksi berlainan, pada Mac 2013, hujung tahun 2014 dan awal tahun ini. Tetapi kita masih belum pasti sama dana ini sah atau tidak kerana kekurangan undang-undang yang jelas untuk mengawal pembiayaan politik.

Walaubagaimanapun, menurut Datuk Ambiga Sreenevasan, bekas pengerusi Majlis Peguam, di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) 2009, defini penyelewengan di dalam Seksyen 50 turut melibatkan derma. Seksyen itu menyebut, sebarang bentuk penyelewengan dianggap diterima secara haram, hingga dibuktikan sebaliknya.

Wang adalah kejahatan yang perlu untuk parti politik berfungsi. Kita tak boleh elak tetapi sumbangan politik yang tidak dikawal, tidak didedahkan dan kabur boleh mengancam demokrasi.

Untuk enam contoh di atas, jelas negara di Asia, dan bukan setakat Malaysia, perlu bekerja keras untuk memastikan ketelusan di dalam hal dana politik untuk mengelakkan rasuah.

Oleh Iris Lee,
Sumber: https://www.imoney.my/articles/political-donations-here-other-countries-where-does-malaysia-stand