Dilarang Makan Dan Minum Di Dalam Tren Komuter. Berlakon Miskin Atau Mencabar Peraturan?

Mencabar peraturan atau berlakon miskin, itulah kata-kata yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika beliau menunjukkan tiga keping gambar makan nasi lemak sebagai makan tengah hari dalam sebuah tren.

“Tidak dapat dinafikan Ketua Pembangkang dan juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah adalah merupakan pelakon yang hebat. Walaupun masih belum menyamai pelakon terbaik Malaysia, Anwar Ibrahim, lakonan Dr Wan Azizah sememangnya cukup mantap. Berbekalkan nasi lemak bungkus, Dr Wan Azizah tidak sabar-sabar untuk makan tengah hari di dalam tren komuter. Dengan harta berjuta ringgit yang ditinggalkan kepada beliau dan keluarganya, Dr Wan Azizah berpura-pura terkesan dengan GST.

“Makan pun terpaksa di atas tren komuter. Tidak bolehkah makan di pejabat beliau atau tunggu sehingga sampai ke Istana Segambut? Kenapa hendak makan di dalam tren komuter? Dr Wan Azizah tidak tahukah ada peraturan melarang makan dan minum di dalam tren komuter. Papan tanda larangan makan, minum dan merokok ada di setiap pintu masuk dan keluar tren komuter.

“Dr Wan Azizah tidak pandai bacakah? Atau Dr Wan Azizah sememangnya seorang yang suka melanggar peraturan dan undang-undang? Beginikah kepimpinan melalui teladan?”

https://www.facebook.com/ANTISemuaSalahUMNO/photos/a.308676682478341.85496.308257822520227/1052867094725959/?type=1