“Dr Kua Kia Soong Dari Suaram Menyeru Kesemua Parti Supaya Menyetujui Peraturan Yang Mengawal Dana Politik” Suaram Dibiayai Oleh NED Selama Beberapa Tahun dan Perkara Ini Mesti Melibatkan Suaram Juga

Adegan yang jarang dilihat.

Saya harap, menjelang hari ini, ianya jelas kepada semua orang mengapa kita memerlukan undang-undang untuk mengawal dana dan pembiayaan politik. Anda tidak akan pernah melihat saya lakukan ini tetapi saya bersetuju dengan pendapat Dr Kua Kia Soong dari SUARAM. Beliau telah menyeru kesemua parti supaya menyetujui peraturan yang mengawal dana politik. Beliau menyeru BERSIH untuk:

“..memainkan peranan bebas dengan menuntut perubahan segera kearah pembiayaan politik yang telus di negara ini. Ini termasuklah:

Ketelusan mutlak, butir-butir pendapatan perbelanjaan parti dan juru kempen yang lain mesti diterbitkan oleh sebuah suruhanjaya piliharaya yang bebas, termasuk akaun tahunan parti politik; derma dan pinjaman kepada parti politik dan juru kempen yang lain serta perbelanjaan kempen; parti mesti merekodkan sumbangan dan pinjaman yang diterima mereka, memastikan ianya dari sumber yang sah, dan melaporkan sumbangan dan pinjaman yang besar kepada Suruhanjaya.”

Beliau menyeru kerajaan dan parti pembangkang supaya mengawal perbelanjaan mereka. Beliau berkata “Masyarakat awam Malaysia tidak berminat untuk mendengar sebarang alasan oleh kedua-dua belah pihak yang sengaja melengahkan masa dan tidak mendedahkan sumber dan jumlah dana politik yang diterima mereka.”

Dan saya ulang, anda jarang nampak situasi begini tetapi saya bersetuju supaya kita rakyat Malaysia mengambil peluang ini dan menyeru ke arah undang-undang pembiayaan politik.

Satu perkara yang saya tidak setuju dengan Dr Kua Kia Soong dan SUARAM adalah perkara ini mesti melibatkan SUARAM juga.

Mereka telah dibiayai oleh NED selama beberapa tahun. R.Sivarasa yang kini merupakan orang kuat PKR adalah dari SUARAM. Mereka telah mempengaruhi hala tuju politik kita untuk beberapa ketika dan telah banyak memperjuangkan perkara politik yang tidak berkaitan dengan hak asasi manusia.

Mari kita selesaikan ini untuk selama-lamanya.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2015/08/03/full-transparency-on-political-funding-needed-now/

Oleh Lukman Sheriff,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152873354352820&set=a.53657402819.76092.669402819&type=1