Ekonomi Malaysia Tidak Boleh Larikan Diri Dari Terjejas Oleh Pasaran Global

Selamat pagi netizen dan RBA.

Semuanya nampak suram bagi ekonomi dunia sekarang. Semalam, Lira Turki mencapai rekod rendah sepanjang masa berbanding USD.

Lira Turki telah menyusut teruk walau berbanding Ringgit. Lima tahun yang lalu, RM1 boleh ditukar dengan 0.45 Lira Turki dan semalam, ia kini mencapai harga 0.70 Lira. Inilah konon model negara Anwar yang Malaysia perlu belajar.

Ruble Rusia juga hampir mencapai tahap paling rendah sepanjang masa berbanding USD. Ia telah menjunam teruk akhir tahun lepas kerana sekatan ekonomi dikenakan.

Pada awal tahun ini, ia pulih dari beberapa kerugian tetapi baru-baru ini kejatuhan harga minyak sekali lagi melihat ia terhempas berbanding USD sekali lagi hampir dengan nilai terendah Disember tahun lepas.

Berbanding dengan Ringgit, Ruble juga telah merosot. Lebih kurang setahun yang lalu, RM1 boleh membeli 9.8 Rubles tetapi hari ini ia mencapai harga 16.5 Rubles.

Mungkin sudah masanya pengimport Malaysia melihat negara-negara yang berbeza untuk sumber produk kita.

Sementara di China, aliran keluar modal sangat laju.

Selama 7 minggu lepas sahaja, USD190 bilion telah meninggalkan China – USD90 bilion pada bulan Julai dan USD10 bilion setakat ini untuk 3 minggu bulan Ogos. Dianggarkan USD500 bilion ‘capital’ telah meninggalkan China pada tahun ini – angka yang membuat RM11 bilion yang keluar dari bursa saham Malaysia tahun ini kelihatan remeh dalam perbandingan.

Aliran keluar besar-besaran ini memaksa China untuk campur tangan dalam skala yang belum pernah berlaku untuk mempertahankan mata wang mereka.

Penghijrahan dana penyaliran mudah tunai daripada pasaran antara bank dan mendorong kepada kadar faedah semalaman sebanyak 30 mata asas dalam beberapa hari ini, tanda tekanan pasaran.

Campur tangan “agresif” ini untuk mengelakkan penurunan nilai renminbi tidak terkawal juga secara automatik mengetatkan dasar monetari.

China hampir pasti akan perlu untuk memotong nisbah keperluan rizab bank kepada bank mereka untuk mengimbangi kehilangan kecairan, dengan beberapa penganalisis menjangkakan tindakan seawal hujung minggu ini.

Laporan terbaru PBOC menyatakan keperluan “monetary easing” – tanda bahawa China sedang bersedia ransangan ‘blanket’.

Pada pendapat saya, dua tindakan yang boleh menyelamatkan ekonomi dunia ketika ini ialah China meransang ekonomi besar-besaran seperti apa yang mereka lakukan pada tahun 2009 dan juga Amerika Syarikat dengan jelas mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan kadar faedah.

Kedua-dua langkah ini sahaja akan membantu melindungi pemulihan ekonomi rapuh di Amerika Syarikat, menghentikan China dari mengalami kemelesetan dan mengekalkan permintaan dunia, yang seterusnya akan menaikkan harga komoditi dunia.

Berhampiran kita, bursa saham Singapura jatuh mendadak semalam sehingga 2971 mata – di bawah paras 3,000 mata, berhampiran dengan terendah dua tahun. Pada bulan April ia setinggi 3500 mata.

Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka yang sangat bersepadu dengan ekonomi dunia, Malaysia tidak boleh melarikan diri dari terjejas oleh pasaran global.

Mari kita berharap China dan Amerika Syarikat melakukan perkara yang betul untuk faedah dunia secara keseluruhan.

Nota: Pada masa ini ditulis, pasaran saham AS baru saja jatuh 500 mata – yang terbesar dalam tempoh empat tahun. Amerika Syarikat sekarang akan terpaksa untuk bertindak.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1710621905823263