Emir Qatar Minat Melabur Dalam Aset 1MDB. Pelabur Dari Qatar Telah Melihat Aset-aset Milik 1MDB Mampu Menjana Keuntungan Jangka Masa Panjang

PM Najib telah mengumumkan bahawa Emir Qatar akan menjadi pelabur utama dalam 1MDB, yang menjawab kritikan mempersoalkan daya maju syarikat dalam jangka masa panjang.

Menurut laporan The Star hari ini, Najib berkata potensi pelaburan dengan pemerintah Timur Tengah itu boleh mencecah berbilion-bilion ringgit.

“Jika 1MDB adalah entiti muflis, saya tidak berfikir bahawa Emir akan melabur.”

“Saya telah memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah 1MDB dalam tempoh enam bulan, tetapi hanya satu bulan telah berlalu dan syarikat itu telah menarik perhatian seorang pemimpin sebuah negara yang kaya dengan minyak.”

“1MDB mempunyai potensi untuk diselamatkan berdasarkan aset dan boleh pulih untuk menjadi suatu entiti membuat keuntungan,” kata Najib yang dipetik sebagai berkata dalam mesyuarat bahagian Umno Rantau Panjang.

Dalam laporan itu, Perdana Menteri juga menegaskan dia tidak bersalah, di mana dia tidak menyentuh mana-mana dana seperti yang didakwa oleh pengkritiknya.

“Kebenaran akan terbukti dan saya akan bebas daripada dakwaan yang dibuat terhadap saya.”

“Saya telah berjanji untuk menyelesaikan masalah ini dan malah sebelum ini semua berlaku pun pengkritik saya berhabisan untuk mencemarkan imej saya.”

“Saya tertanya-tanya jika pengkritik ini akan memohon maaf jika saya telah dibersihkan daripada tuduhan itu,” Najib terus dipetik sebagai berkata.

Presiden Umno itu berkata perkara terakhir yang parti perlukan sekarang adalah pengkhianat.

Sumber: http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/22/pm-announces-the-emir-of-qatar-to-be-1mdbs-latest-investor/