EXCO PAS Dedah Kerajaan Pusat Bantu Tambah Air Di Selangor Dalam Memastikan Negeri Itu Tidak Mempunyai Masalah Kekurangan Air

Kerajaan negeri Selangor mengakui mendapat bantuan daripada kerajaan persekutuan dalam memastikan negeri itu tidak mempunyai masalah kekurangan air terutamanya sewaktu cuaca panas.

Exco PAS Selangor Zaidy Abdul Talib mengaku dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pagi Rabu bahawa Selangor akan dapat tambahan 500 juta liter air sehari hasil persetujuan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Zaidy yang merupakan Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Zaidy Abdul Talib berkata selain itu kerajaan persekutuan juga akan membantu Selangor mendapatkan bekalan air bersih daripada Negeri Sembilan yang mana menyalurkan 65 juta liter setiap hari.

“Seterusnya dengan persetujuan daripada KeTTHA juga kerajaan negeri akan mendapat bekalan air bersih daripada Negeri Sembilan daripada loji Rawatan Air Moi 2 sebanyak 65 juta liter air sehari,” katanya menjawab soalan lisan Adun DAP Balakong Eddie Ng yang menuntut penjelasan jaminan dan usaha kerajaan negeri demi memastikan rakyat tidak berhadapan dengan catuan ketika cuaca kering.

Beliau dalam masa sama kerajaan negeri tetap akan meneruskan kempen kesedaran agar penduduk dalam negeri itu dapat menjimatkan sekurangnya 25% penggunaan seorang setiap hari.

Melalui usaha kerajaan negeri ini Zaidy yang juga Adun Templer itu memberi jaminan bahawa selangor dijangkakan akan dapat menijmatkan sebanyak 880 juta liter sehari menjelang 2020 sehingga projek Langat II selesai.

Dalam masa sama beliau mendakwa kerjasama di antara dua pihak itu amat penting demi memastikan keperluan rakyat akan terus diutamakan.

“Itulah sebenarnya pandangan kerajaan sama ada negeri dan persekutun untuk rakyat, bahawa kita saling bekerjasama bahawa rakyat sentiasa diutamakan dalam segala hal,” ujar beliau.