Hari Kebangsaan Adalah Mengenai Cinta Kepada Negara & Bukan Benci Antara Satu Sama lain

Rakyat Malaysia mendakwa mereka merupakan rakyat yang setia tetapi nampaknya kita hampir hilang semangat dan jatidiri kebangsaan.

Dalam sukan, kita nampaknya berjaya mengenepikan sifat etnik untuk semangat nasionalisma yang tinggi dan berjaya untuk menegakkan semangat Malaysia. Dan itu juga yang berlaku ketika sambutan Hari Kebangsaan. Kita berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sebagai rakyat Malaysia dan tidak terbahagi kepada sambutan yang berasingan mengikut bangsa, agama atau kecenderungan politik.

Tetapi yang sedihnya, keadaan nampaknya telah berubah. Tidak bolehkah kita, untuk satu hari sahaja, mengenepikan perbezaan politik kita dan bersama-sama sebagai rakyat Malaysia? Sentimen yang diperhatikan ketika ini adalah nampaknya terdapat seaka-alan 2 sambutan kemerdekaan, iaitu satu untuk mereka yang menentang kerajaan. Hari Kebangsaan tidak sedikit pun melibatkan sama ada kita menyokong atau menentang kerajaan. Ianya mengenai kecintaan kita terhadap negara.

Kita sepatutnya mara bersama-sama, bersatu sebagai rakyat Malaysia, walaupun kita mungkin berbeza bangsa, agama dan kecenderungan politik. Kita boleh untuk tidak bersetuju mengenai politik tetapi ia seharusnya berakhir di situ. Kita tidak sepatutnya membiarkan ketidaksetujuan ini berlarutan dan mewujudkan 2 Malaysia.

Kita kata kita rakyat Malaysia. Kita kata kita setia kepada negara kita. Kita kata kita sedia berkorban untuk negara kita. Tetapi kita tidak bersedia untuk mengorbankan perbezaan politik kita hanya untuk satu hari untuk bersatu sebagai rakyat Malaysia.

Tidak bolehkan kita kembalikan Hari Kebangsaan kepada keadaan asalnya dan tidak menggunakan sambutannya sebagai platform untuk berpolitik? Merdeka adalah mengenai cinta, cinta kepada negara, dan bukan mengenai benci antara satu sama lain kerana kita tidak berkongsi fahaman politik yang sama.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.com/2015/08/what-merdeka-day-means.html