ISIS Tidak Ditubuhkan Pada April 2013, Ia Dinamakan Semula Pada April 2013

Suara Rakyat telah tersilap lagi sekali.

ISIS tidak ditubuhkan pada April 2013. Ia DINAMAKAN SEMULA sebagai ISIS pada April 2013.

ISIS bermula sebagai Al-Qaeda di Iraq pada 1999 dan aktif semenjak tahun 2001. Ia telah disenaraihitamkan sebagai organisasi pengganas oleh banyak negara sejak itu.

Sejak itu, mereka sentiasa menukar nama mereka seperti:

  • Jama’at al-Tawhid wal-Jihad (1999–2004)
  • Tanzim Qaidat al-Jihad fi Bilad al-Rafidayn (2004–06)
  • Mujahideen Shura Council (2006)
  • Islamic State of Iraq (2006–13)
  • Islamic State of Iraq and the Levant (2013–14)

Malah, nama ISIS tidak lagi wujud apabila mereka menamakan diri mereka Islamic State pada Jun 2014.

Namanya mungkin telah berubah banyak kali tetapi pergerakannya tetap sama jadi Suara Rakyat telah silap sekali lagi.

Saya tak pasti jika sebab utama derma tersebut adalah kerana perjuangan menentang ISIS, tetapi saya agak yakin akan ada derma diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada semua pihak yang mesra dengan Arab Saudi di dalam tempoh tersebut.

Arab Saudi menentang sekeras-kerasnya ISIS, Al-Qaeda dan Arab Spring – terutamanya apabila Arab Spring bermula pada tahun 2010.

Perang saudara di Syria bermula pada 2011.

Dalam tempoh 2012-2014, Arab Saudi telah menambah dana sebanyak 3 kali ganda untuk melawan Arab Spring dan membiayai pihak yang mesra dengannya untuk menghalang Arab Spring berlaku di dalam negara mereka sendiri dan untuk menstabilkan rantau mereka sendiri untuk menghalang kekacauan yang didalangi Iran huru hara yang dicetuskan oleh Ikhwanul Muslimin.

Menganggap pemimpin UMNO yang mendedahkan Najib menerima dana yang sama untuk ‘menentang’ ISIS adalah tepat (tiada pengesahan dari Najib setakat ini), muslim di Selatan Thai dan Filipina turut menerima dana yang sama.

Ini bukanlah negara atau organisasi yang berdaftar – dan semestinya tiada akaun parti untuk wang tersebut dimasukkan.

Jadi, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika Saudi memasukkan wang tersebut ke dalam akaun Najib, iaitu ketua UMNO dan BN. Langkah sebegini juga dapat memelihara identiti penderma tersebut.

Kenapa Saudi membayar kepada UMNO/BN dan bukannya kepada kerajaan? Sebenarnya, ia dibayar beberapa ketika sebelum PRU.

Satu pihak lagi diketuai oleh kaki liwat, yang dibiayai oleh CIA dan parti terbesar pihak tersebut merupakan sekutu Ikhwanul Muslimin, PAS.

Arab Saudi membenci Ikhwanul Muslimin dan melabel mereka sebagai pengganas.

Malah beberapa orang ahli PAS dan pemimpinnya telah menyertai perjuangan ISIS.

Mengapa Arab Saudi membantu menghapuskan Ikhwanul Muslimin:
http://www.newrepublic.com/article/114468/why-saudi-arabia-helping-crush-muslim-brotherhood

Adalah masuk akal yang Saudi tidak akan menyalurkan dana kepada kerajaan tetapi kepada parti yang mesra dengannya yang menentang pakatan pembangkang.

Dengan kerisauan terhadap Malaysian Spring dan harapan untuk mengekalkan parti yang mesra yang akan membantu Arab Saudi di dalam peperangannya ke atas Ikhwanul Muslimin dan elemen ISIS bermakna ianya masuk akal untuk Saudi membiayai UMNO-BN.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1709374202614700&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1&theater