Isunya, Tuduhan Dana Itu Kononnya Dari 1MDB

Bila disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bahawa dana USD700 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri pada 2013, BUKAN dari 1MDB sebaliknya daripada penyumbang-penyumbang politik UMNO, maka sasaulah sekejap tukang-tukang karut hendak menukar cerita kepada yang lain.

Bukankah Wall Street Journal, Tun Mahathir dan Sarawak Report yang galak menuduh dana itu datangnya dari 1MDB a.k.a duit rakyat.

Kenapa 1MDB, kerana disitulah terletaknya nilai berita dan persepsi. Tanpa 1MDB, mana ada nilai berita dakwaan seperti ini. Kalau setakat mahu kata sumbangan politik tidak ada isu, kerana sebagai pemimpin politik, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menerima sumbangan dari penderma – sama seperti pemimpin-pemimpin politik lain di negara ini dan di dunia sekalipun.

Atau, macam mana nak gerak kerja-kerja parti? Nanti kalau tiada sumbangan, dikata salah guna duit kerajaan pula, bila terbukti duit derma, pun ada bantahan juga, jadi macam mana yang betulnya?

Tapi yang terpenting sekali, isunya sekarang SPRM sudah mengesahkan bahawa wang itu bukan untuk kegunaan peribadi Najib tapi kegunaan parti dan bukan datang dari 1MDB. Yang asyik menuduh dulu guna bukti dari mana?

Sepatutnya, yang menuduh ni tampil dengan kenyataan balas kenapa tuduhan yang dilemparkan dulu, berbeza sangat dengan kebenaran yang dikatakan SPRM sekarang? Itu jawab dulu sebelum pusing ke tempat lain.

Orang itu cakap apa, orang ini cakap apa, itu tidak penting dan boleh dikemudiankan. Kita mahu utamakan ini dulu, tuduhan ini dan kenapa ia dibuat pertama kali, pakai bukti dari mana? Apa motif disebaliknya dan semua yang berkaitan dengan itu.

Dengan hanya mengatakan SPRM dijerut lehernya oleh Najib, itu samalah modus operandi pembangkang ke atas Tun Mahathir dulu.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/08/isunya-tuduhan-dana-itu-kononnya-dari-1mdb-jangan-divert/