Jangan Anda Berani Berkata Perkara Negatif Tentang Pembangkang! Kerana Pihak Pembangkang Manusia Terpilih, Suci & Paling Bersih!

Kerajaan Barisan Nasional penuh dengan skandal, rasuah, salah guna kuasa, mengamalkan perkauman, menekan kebebasan akhbar, akan bangkrap, kronisme. Cakap apa sahaja yang anda mahukan, tidak kira bagaimana buruk pun ia mengenai kerajaan, anda akan diangkat sebagai hero yang memperjuangkan ke arah Malaysia yang lebih baik. Walaubagaimanapun, sila pastikan anda tidak berkata apa-apa yang buruk terhadap Pakatan Rakyat kerana semuanya adalah tidak benar. Pemimpin Pakatan adalah pemimpin yang paling jujur, bebas rasuah, dan paling berbilang kaum yang pernah dilihat oleh dunia. Tiada negara lain yang mempunyai sekumpulan orang yang lebih bersih daripada mereka yang berada di dalam pakatan pembangkang.

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (atau Mat Taib) telah ditangkap dengan beg yang penuh dengan wang tunai di Australia. Pada masa itu beliau sangat korup. Tapi sekarang beliau telah menyertai Gerakan Harapan Baru, beliau adalah orang yang bersih.

Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara yang paling kontroversi, telah dikritik secara terbuka kerana tindakannya di Tivoli Villas ketika perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada ketika itu, beliau merupakan lelaki yang sangat jahat. Selepas bersara, beliau telah menyertai pakatan pembangkang dan telah diangkat seperti nabi.

Pada tahun 2007, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Musa atas tuduhan rasuah apabila membebaskan 3 ahli sindiket perjudian haram. Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara ketika itu mengarahkan SPRM menghentikan siasatan serta merta dan menutup kes itu kerana tiada bukti. Gani telah dipersendakan ketika itu. Walaubagaimanapun hari ini, hanya kerana Datuk Seri Naji Razak telah memecat beliau, beliau telah bertukar menjadi orang yang sangat jujur di mata rakyat Malaysia.

Apabila ada laporan yang menentang kerajaan BN di media, mereka dikatakan melaporkan perkara yang benar. Apabila laporang itu menentang Pakatan Rakyat pula, mereka dituduh media pro BN dan menyebarkan fitnah. Pada 2013, apabila Free Malaysia Today (FMT) melaporkan di dalam satu sidang akhbar, seorang arkitek terkenal, Profesor Jimmy Lim telah menyalahkan Kerajaan Pulau Pinang kerana mengambil mudah status tapak warisan UNESCO. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menyaman Jimmy dan FMT kerana artikel itu tidak benar dan mengandungi fitnah. Berani media mempersendakan ketidakcekapan pembangkang?

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tony Pua, Rafizi Ramli dan semua sekutu Pakatan Rakyat menganggap RM42 bilion-1MDB adalah skandal terbesar yang pernah melanda Malaysia. Tony juga berkata ia merupakan ibu segala skandal. Mahathir berkata Najib tidak boleh dimaafkan kerana penyalahgunaan dana yang cukup besar.

Pada awal 1990an, Mahathir yang mengalami delusi suka membesarkan diri, berfikir yang beliau boleh mengambil kesempatan ke atas kesempitan yang dialami oleh British dan telah memaksa Bank Negara memperjudikan berbilion ringgit membeli Pound Sterling dengan anggapan matawang tersebut akan menokok apabila diapungkan nanti. Malangnya untuk beliau, George Soros lebih bijak dan telah menyebabkan matawang terus mengalami kemerosotan. Soros memperolehi USD1 bilion setiap hari, dan Malaysia mengalami kerugian yang sangat besar. Asian Sentinel menganggarkan Malaysia kerugian lebih dari USD30 bilion (lebih RM100 bilion), terima kasih kepada Mahathir. Tapi, apalah sangat RM100 bilion berbanding dengan RM42 bilion kan?

Malaysia tidak pula bangkrap pada ketika itu tetapi akan bangkrap dengan hutang RM42 bilion ini. Saya tidak pernah tahu pula yang hutang RM42 bilion ini melebihi kerugian RM100 bilion sebagai skandal terbesar sepanjang zaman. Pembangkang lebih tahu! Rakyat Malaysia pula berkata lupakan hal masa silam, fokus apa yang ada pada hari ini. Walaubagaimanapun, masyarakat barat masih lagi memperkatakan tentang Mahathir dan kegagalan beliau. Mundur betul masyarakat barat memperkatakan tentang hal yang dah lepas. Mereka tak tahu ke masa silam tiada kaitan dengan apa yang ada pada hari ini? Kita orang Malaysia dan kita lebih tahu dari orang lain.

Nilai ringgit jatuh dan pedagang antarabangsa dan ahli ekonomi telah melihat pada sudut positif dan berkata Malaysia mungkin akan mendapat faedah ketika ringgit sedang jatuh kerana pelaburan asing pasti akan bertambah. David Cameron telah datang ke Malaysia untuk mengeratkan hubungan perdagangan dengan Malaysia yang pastinya akan menguntungkan kita. Walaubagaimanapun, Tony Pua telah menulis surat terbuka kepada David Cameron, yang meminta beliau tidak datang ke Malaysia dan bertemu Najib. Saya rasa tak lama lagi, lebih banyak surat akan ditulis kepada Barack Obama dan Narendra Modhi yang dijadualkan akan bertemu dengan Najib di Malaysia untuk mengukuhkan hubungan ekonomi.

Pihak pembangkang mahu pihak barat memutuskan hubungan dengan Najib, yang bermaksud memutuskan hubungan ekonomi dengan Malaysia. Mereka tidak mahu ekonomi berkembang kerana itu akan menggagalkan usaha mereka menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Ringgit akan terus jatuh, terima kasih kepada pihak pembangkang, tapi tak mengapa. Pembangkang mana pernah salah.

Setiap tindakan pembangkang pastinya untuk negara yang lebih baik. Mereka tiada niat untuk menumbangkang kerajaan. Jadi jangan tulis apa-apa yang buruk mengenai mereka kerana pihak pembangkang merupakan orang yang terpilih dan suci di negara ini.

Oleh Rasyhid Hamzan,
http://www.malaysia-today.net/dont-you-dare-write-anything-negative-about-the-opposition/