Jika Derma Dari Timur Tengah Adalah Salah, Maka Derma Dari US, Germany, Yahudi Dan Banyak Lagi Negara Barat Lain Kepada Parti Pembangkang, NGO Pro Pembangkang, Media Dan Pemimpin Pembangkang Adalah Betul?

Kita akan analisa fakta demi fakta. Sila betulkan jika saya tersilap. Saya juga masih lagi di dalam proses untuk mencerna isu ini. Kita cuba elak dari menjadikan isu ini perbincangan yang emosional. Dan jangan juga terlajak jauh dari topik asal. Kita bincangkan topik demi topik. Jangan bangkitkan isu lain. Topik ini adalah mengenai RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun PM Najib.

Kita bincang dan pecahkan mengikut bahagian.

1) Menurut mantan TPM, derma itu datang dari Timur Tengah. Menurut SPRM pula, ianya adalah derma politik.

2) Pembangkang, Red Bean Army, Tony Pua, Rafizi Ramli dan semua macai mereka cuba memutarbelitkan RM2.6 bilion itu datang dari pembayar cukai (wang rakyat atau kerajaan) atau dari 1MDB.

3) Tetapi menurut TPM ianya dari Timur Tengah. Maka ianya bukan duit kerajaan dan rakyat Malaysia. Dan bukan juga duit 1MDB. Ia merupakan dana politik antarabangsa.

4) Sudah semestinya setiap orang ada pandangan mereka sendiri.

– Sekumpulan orang yang berfikir tiada apa yang salah mengenai derma politik.
– Satu kumpulan lagi berfikir dana dan pembiayaan politik adalah salah.
– Sebuah lagi kumpulan berfikir dana politik hanya sah jika terdapat ketelusan.
– Satu lagi kumpulan fikir, dana pembiayaan politik sepatutnya sulit dan tidak diketahui orang.

5) Tiada masalah jika pendapat anda sama dengan mana-mana pandangan di atas. Satu-satunya masalah adalah adakah ianya adil, tidak kira anda pro BN, pro Pakatan, pro atau anti mana-mana individu dan sama ada anda mempunyai kepercayaan yang sama untuk kedua-dua pihak.

6) Pada 2009, BN lah yang mahu mewujudkan undang-undang mengenai ketelusan dana politik ini dan ianya langsung tidak dihiraukan oleh DAP. DAP tidak bersetuju untuk menyiarkan pembiayaan politik. Tapi hari ini, DAP menuntut CAT (Ketelusan dan Kebolehpercayaan) dari Barisan Nasional atau mana-mana pemimpin yang mempunyai kaitan dengan BN sedangkan mereka sendiri menolak idea ketelusan. Adil atau tidak?

Jika anda fikir pembiayaan politik sepatutnya sulit dan tidak diketahui, ianya perlu sulit dan tidak diketahui untuk kedua-dua belah pihak.

Jika anda fikir dana politik memerlukan ketelusan dan tanggungjawab, ianya perlu untuk kedua-dua belah pihak. Macam mana kita boleh menuntut sebelah pihak untuk mendedahkan dana dan sumber kewangan politik mereka sedangkan pihak yang kita sokong berdiam diri dan tidak mendedahkan sumber mereka?

7) Berkata mengenai wang rakyat, maka adakah DAP cuba mengatakan sebahagian dari sumbangan politik yang diterima mereka bukan dari masyarakat awam? Adakah derma dari awam tidak dikira sebagai duit rakyat?

8) Berkata mengenai wang kerajaan. Adakah duit kerajaan negeri dikira sebagai duit kerajaan? Sudahkah kita terlupa yang di Pulau Pinang, banyak syarikat yang ingin memenangi kontrak dengan kerajaan negeri, perlu menderma untuk sebuah parti politik? Kita ambil satu contoh syarikat dari banyak-banyak syarikat yang ada.

Sudahkah kita terlupa pada tahun 2013, ada sebuah syarikat dikehendaki menderma sebanyak RM 3 juta kepada sebuah parti politik supaya permohonan projek mereka diluluskan oleh kerajaan negeri. Akhirnya syarikat ini hanya mendermakan separuh dari jumlah yang diminta dan kerajaan negeri pun hanya meluluskan separuh dari permohonan syarikat itu. Projek ini telah dipotong dari 56 tingkat kepada 28 tingkat. Semua ini hanya sebab syarikat tersebut hanya mendermakan separuh dari jumlah yang diminta oleh kerajaan negeri kepada parti politik tersebut. Cari mengenai IJM RM3 juta derma parti politik dan anda akan dapat mengetahu butiran lanjut mengenainya.

9) Berkata mengenai pembiayaan antarabangsa. Jika derma dari Timur Tengah adalah salah maka derma dari US, Germany, Yahudi dan banyak lagi negara barat lain kepada parti pembangkang, NGO pro pembangkang, media dan pemimpin pembangkang adalah betul? Jika salah, maka kedua-duanya pun salah. Jika betul, kedua-duanya perlu betul. Tak boleh satu pihak betul satu pihak salah.

10) Apa sahaja pandangan peribadi anda adalah ok. Apa sahaja prinsip, kepercayaan, atau falsafah politik mengenai dana politik anda MESTI terpakai untuk kedua-dua belah pihak.