Jika Menyebut Tentang Persoalan Keadilan, Kita Perlu Menekan Semua Parti Politik Untuk Menyenaraikan Penderma

Persoalan tentang keadilan.

Ini merupakan apa yang diperkatakan oleh seorang blogger:

“Pertama, mereka menuntut Najib mendedahkan dari mana wang itu datang jika bukan dari 1MDB. Dan sekarang mereka berkata, apa sahaja yang akan didedahkan Najib akan menjadi satu penipuan. Diam pun salah, cakap pun salah. Apa lagi mereka mahu?”

Hanya sebulan yang lepas dakwaan ini didedahkan oleh Wall Street Journal pada 3 Julai.

Difahamkan, SPRM mengambil masa beberapa ketika untuk menyiasat perkara ini sebelum membersihkan nama Najib dari tuduhan menerima RM.26 bilion itu kerana mereka kemungkinan telah bertanya setiap penyumbang dan penderma untuk mengesahkan sama ada mereka yang menyumbang dan menderma.

Sama ada ianya dari sumber dari Timur Tengah seperti yang didakwa oleh Muhyiddin di dalam video pendedahannya selama 53 saat itu masih lagi belum dapat dipastikan kerana SPRM tidak berkata ianya dari Timur Tengah dan SPRM secara spesifik telah berkata ‘penderma-penderma’ dan bukan ‘penderma’

Boleh difahami mengapa rakyat Malaysia marah dan tidak percaya apabila SPRM berkata wang RM2.6 billion itu merupakan sumbangan kempen dari sumber yang tidak diketahui.

Kita sekarang menuntut untuk mengetahui siapakah penyumbang RM2.6 bilion itu dan adakah ia sememangnya sumbangan kempen.

Ini merupakan soalan yang sangat ADIL untuk ditanya.

Najib atau SPRM sepatutnya mendedahkan nama penyumbang-penyumbang tersebut – walaupun penyumbang-penyumbang itu tidak mahu nama mereka didedahkan.

Tetapi ternyata orang kita begitu cepat terlupa yang 3 hari lepas pada Sabtu, Najib telah berkata yang beliau AKAN mendedahkan sumber dana politik UMNO, hanya jika pembangkang melakukan perkara yang sama.

Najib berkata, usaha beliau untuk menetapkan peraturan ketelusan dalam dana politik pada tahun 2009 telah digagalkan oleh DAP tetapi menambah beliau bersedia untuk berusaha sekali lagi untuk tujuan ini.

“Saya tak kisah. Saya boleh senaraikan siapa yang menderma untuk menunjukkan ketelusan tetapi DAP tidak bersetuju untuk mendedahkan sumber dana politik.

“Mengapa? Sebab mereka ada sesuatu untuk disembunyikan.” beliau berkata.

Adil atau tidak?

Jadi, jika kita ingin mengetahui siapa yang mendermakan RM2.6 bilion ini, kita perlu menekan SEMUA parti politik menyenaraikan penderma.

Adil atau tidak?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1704053463146774