Kenapa Lim Kit Siang Melenting Apabila Zahid Hamidi Dedahkan Ada Komplot Melibatkan Tokoh Umno & Pembangkang Mahu Gulingkan Kerajaan Melalui Jalan Belakang?

Lim Kit Siang telah melenting apabila TPM DS Ahmad Zahid Hamidi memberitahu ada komplot melibatkan tokoh UMNO dan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan belakang.

Sebagai Menteri Dalam Negeri adalah tertakluk di bawah bidangkuasa beliau untuk menyekat mana-mana gerakan subversif atau konspirasi jahat untuk menggulingkan kerajaan yang sah kerana ia mengancam kestabilan politik negara.

Maklumat yang diperoleh ini adalah berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa PDRM.

Dato Seri Ahmad Zahid tidak pernah menuduh secara semberono atau menamakan pemimpin yang bersekongkol dalam gerakan tersebut.

Namun jika tokoh politik itu sudah mengetahui pembabitannya dihidu oleh pihak risikan PDRM, maka silalah tampil untuk membuat penafian pada pihak keselamatan dan membubarkan gerakan tersebut serta merta demi kestabilan negara.

Gerakan menggulingkan kerajaan yang sah secara demokrasi adalah salah di bawah undang-undang SOSMA dibaca bersama Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Kenyataan balas Lim Kit Siang disiar dalam laporan berita atas talian hari ini di The Malaysian Insider bertajuk ‘Toppling PM not a crime if done constitutionally, DAP tells Zahid

– See more at:http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/toppling-pm-not-a-crime-if-done-constitutionally-dap-tells-zahid#sthash.KU6esWoJ.dpuf

Lim Kit Siang juga menegaskan bahawa tidak salah menjatuhkan Perdana Menteri.

“Toppling the prime minister through constitutional means is not a crime, but part and parcel of parliamentary democracy” katanya.

Dalam kenyataan Lim juga beliau bertanya adakah Zahid memaksudkan Muhyiddin namun ia telah dinafikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sempoarna hari ini.

Dalam masa yang sama bekas wartawan penyokong kuat Tun Mahathir A.Kadir Jasin dalam tulisannya menamakan Ku Li antara sebagai tokoh dipercayai terlibat dalam konspirasi ini. Dan calon paling layak menjadi Perdana Menteri.

From the governing point of view, conceded Kadir, Razaleigh was perhaps the best candidate to rescue the economy because, despite his shortcomings and missteps in the past, he was highly experienced and knowledgeable in economic matters. “More than anything else it is the economy that needs mending and Razaleigh beats all other contenders in that aspect.”

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/15/kadir-ku-li-could-very-well-be-ahead-to-replace-najib/

Kerana itu barangkali Ku Li dicalonkan oleh Lim Kit Siang untuk mengetuai PAC selain Timbalan PAC dari DAP Ahli Parlimen Kepong Tan See Giaw dan Naib Presiden UMNO DS Shafie Apdal.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/10/Lim-Kit-Siang-Ku-Li-or-Shafie-PAC/

Namun Ku Li menafikan komplot tersebut dalam satu kenyataan di The Star bertajuk ‘Ku Li: I’m not involved in any plot to topple Government’

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/15/Ku-li-I-am-not-involved-plot-topple-govt/

Nampaknya banyak teka teki sedang bermain di minda rakyat selain khabar angin bahawa Azmin juga pernah bertemu tokoh UMNO di London untuk menjatuhkan Najib dengan balasan pembebasan Anwar Ibrahim.

Apakah Azmin dan Ku Li tokoh terlibat sebalik konspirasi serangan untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri melalui undi tidak percaya ?

Apakah rancangan menjatuhkan Najib ini turut dibantu kuasa Barat seperti akhbar Wall Street Journal ?

Apakah ada lagi tokoh UMNO yang lain turut bersekongkol mahu menjadi PM dengan mudah melalui pintu belakang hingga sanggup berpakat dengan pembangkang?

Semoga Allah memelihara Malaysia dari petualang dan pengkhianat yang mengikut nafsu demi kepentingan diri sendiri.

Sumber: http://theunspinners.blogspot.com/2015/08/kit-siang-si-rasis-tegar-gelabah.html