Kenapa Matawang Negara-negara Asia Jatuh?

KENAPA MATAWANG NEGARA-NEGARA ASIA JATUH SEMALAM?

Semalam Thai baht jatuh 0.7% kepada 35.30 setiap U.S. dollar dan matawang Singapura turun 1.2% kepada 1.40, paras terendah dalam enam tahun. Peso Filipina pula jatuh ke peringat terendah dalam lima tahun.

Matawang Malaysia dan rupiah Indonesia turut susut kepada paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Apakah punca jatuhnya matawang-matawang ini semalam?

Jawapannya:

Bank pusat China semalam membenarkan nilai matawang Yuan untuk di tentukan oleh pasaran di mana nilai Yuan pada setiap hari akan di dasarkan dengan harga Yuan terakhir di jual beli dalam pasaran matawang asing pada hari sebelumnya.

Sebelum ini nilai matawang di tentukan sepenuhnya oleh Bank Pusat China (sama seperti Bank Negara Malaysia).

Kenapa China buat begini?

Ada tiga sebab utama:-

1. Selama ini, China mengalami kritikan teruk terutamanya US, dimana China di tuduh China sengaja merendahkan nilai Yuan untuk membuat barangan eksportnya lebih murah di pasaran dunia dan China dapat menarik pelaburan asing.

2. China sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang lembab, tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Dengan merelakan nilai Yuan di tentukan oleh pasaran dan bukan bank pusat akan meredakan kritikan negara-negara luar.

Tetapi saya syak bank pusat akan “manage” atau masuk campur di dalam pasaran untuk memastikan nilai Yuan tidak naik tinggi (rizab asing Cina adalah yang paling tertinggi di dunia).

3. Pasaran kecewa kerana Tabung Monetari Antarabangsa (IMF) menangguh keputusannya untuk memasukkan Yuan di dalam pengiraan matawang rizab IMF. Jika Yuan masuk di dalam pengiraan ini, permintaan pasaran terhadap Yuan akan meningkat.

Maklumat dari: http://www.wsj.com/articles/currencies-in-asia-tumble-on-devaluation-of-chinese-yuan-1439259538

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=814443698671739&id=811383698977739