Kenapa Ringgit Jatuh? Banyak Faktor Luar Kawalan Kerajaan Seperti Harga Minyak & Polisi Matawang China

Kenapa Ringgit jatuh? Sekali pandang di dalam media sosial, terutamanya Facebook, khalayak internet lebih gemar menyalahkan kestabilan politik negara dan pengurusan negara oleh Kerajaan. Ini adalah kerana rata-rata rakyat Malaysia dibelenggu penyakit zombie. Mereka hanya turut menyalak laungan penghasut-penghasut yang bermotifkan propaganda politik.

Jika tidak kerana kestabilan politik, kerana apa? Yang sebenarnya memang benar kejatuhan Ringgit sedikit sebanyak didorong oleh masalah politik negara yang bergelora kerana 1MDB. Tetapi ianya hanya satu daripada faktor-faktor yang terlibat. Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang lebih kuat mempengaruhi kejatuhan Ringgit. Antaranya ialah kejatuhan harga minyak dunia.

Walaupun Kerajaan sudah bertungkus-lumus menjaga kestabilan ekonomi negara, terdapatnya pengaruh yang di luar kawalan Kerajaan. Harga minyak dunia jatuh kerana peperangan pembekalan minyak antara Amerika Syarikat dan Russia. Apabila naiknya pembekalan minyak dunia, harga minyak jatuh disebabkan bekalan yang senang diperolehi.

Malaysia mengekspot minyak mentah ke luar negara dan mengimpot minyak yang sudah diproses dari Timur Tengah. Maka, dengan harga minyak yang rendah, ekspot minyak Malaysia jatuh. Apabila pendapatan Malaysia terlampau bergantung kepada ekspot minyak, maka apabila ekspot minyak jatuh, pemintaan Ringgit untuk negara luar membayar ekspot tersebut juga jatuh.

Kesudahannya Ringgit pun jatuh. Ini langsung terus membuat pembayaran untuk minyak impot pula mahal kerana Ringgit yang lemah digunakanuntuk membayar impot di dalam denominisasi USD. Inilah sebab minyak yang kita guna seharian naik harganya. Tambahan pula, USD juga telah menjadi semakin kuat. Ini merunsingkan lagi keadaan.

Pada hari ini Ringgit berada di paras RM4 untuk setiap USD1. Apabila dikaji pergerakan Ringgit berbanding USD dan pergerakan matawang yang lain berbanding USD, kita dapat lihat bahawa bukan matawang Malaysia sahaja yang mengalami kemerosotan. Untuk 5 tahun kebelakangan, Ringgit jatuh sebanyak 33.92% berbanding USD. Ini tidaklah seteruk kejatuhan matawang asing berbanding USD untuk sesetengah negara yang berekonomi cergas seperti Brazil, Russia, Indonesia dan Afrika Selatan (Negara-negara BRICS) di mana kemerosotan matawag-matawang tersebut jauh lebih tinggi dari 30%.

Tidakkah anda menyedari yang saya tidak menyatakan negara China apabila menyenaraikan negara-negara BRICS di atas? Nak tahu kenapa? China juga adalah sebab utama kenapa Ringgit dan banyak lagi matawang lain jatuh pada hari ini. Kerajaan China telah mengishtiharkan susutnilai matawang China, Yuan, semalam, sebagai langkah untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonominya di mana dengan matawang yang rendah, pelabur asing akan masuk beroperasi di China dengan kos yang rendah. Ini menyebabkan China mengurangkan impot dari negara-negara luar kerana impot menjadi mahal untuk mereka.

Apabila negara-negara pengekspot ke China mengalami kejatuhan ekspot ke China, maka permintaan matawang mereka jatuh dan sekaligus nilai matawang pun jatuh. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mempunyai ekspot yang begitu besar ke China terutamanya komoditi. Maka, dengan jatuhnya ekspot komoditi, maka jatuhlah lagi Ringgit. Ringgit dan Euro jatuh 0.4% kerana ini. AUD jatuh 1.2%. SGD jatuh 1.4%. Baht jatuh 0.7%. Malah, banyak lagi negara-negara yang bergantung kepada ekspot ke China mengalami masalah yang sama.

Bukan itu sahaja, berdasarkan www.zerohedge.com , pasaran “derivative – forward rates” untuk Ringgit juga turut mengeruhkan lagi keadaan apabila spekulasi judi matawang meramalkan kejatuhan Ringgit yang lebih teruk. Ini memburukkan lagi keadaan kerana pasaran matawang akan mengambil kadar tukaran yang digunakan oleh spekulasi “derivative – forward rates” sebagai petunjuk untuk meramal pergerakan Ringgit. Apabila masyarakat pasaran mempercayai Ringgit akan jatuh, mereka akan terus menjual Ringgit di mana, keadaan akan menjadi semakin teruk. Inilah dia keburukan aktiviti spekulasi.

Oleh itu, hentikan saja tuduhan-tuduhan dan tohmahan yang Kerajaan tidak membuat yang terbaik. Seperti yang saya katakan tadi, terdapat banyak faktor yang di luar kawalan Kerajaan seperti harga minyak dan polisi matawang China. Keadaan bertambah buruk apabila pelabur asing mengeluarkan RM11 bilion pelaburan dari Malaysia kerana tidak mahu terus mengalami kerugian akibat kejatuhan Ringgit.

Walau bagaimana pun, kita perlu yakin bahawa polisi-polisi Kerajaan masih dapat mengekalkan petunjuk ekonomi yang lain dengan lebih stabil seperti kadar pekerjaan setinggi 97% untuk 2014, anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar untuk 2015 setinggi 5% (lebih tinggi dari anggaran 1.5% untuk Eropah) dan rizab matawang asing yang mencukupi untuk menampung nilai impot berterusan selama 7.6 bulan. Kita perlu bersyukur dan berdoa agar keadaan akan pulih kembali. Amin.

Sumber: http://suruhanjayaantizombie.blogspot.com/2015/08/kenapa-ringgit-jatuh.html