Kerajaan Hanya Pernah Membiayai RM1 Juta Dana Pemegang Saham Serta Garis Kredit RM950 Juta Diberikan Pada Awal Tahun Ini. Jauh Lebih Rendah Dari Apa Yang Telah Dibiayai Secara Langsung

1MDB sedang menjalankan pelan penyusunan semula untuk mengurangkan hutang. Selain daripada masalah aliran tunai yang timbul daripada kegagalan menerbitkan IPO aset kuasa tahun lepas dan tahun ini dan juga kekurangan dana dari kerajaan, tiada apa yang berbahaya tentang 1MDB. Tiada wang yang pernah dikesan sebagai hilang dalam 1MDB – oleh dua juruaudit antarabangsa dan aporan interim Ketua Audit Negara.

1MDB juga tidak pernah pernah gagal walau sekali membayar hutang atau terlepas kupon bayaran.

Juga IPIC milik kerajaan Abu Dhabi telah meluluskan USD4.5 bilion perjanjian pertukaran aset dengan 1MDB yang akan mengurangkan kira-kira RM16 bilion hutang dan juga mengambil alih bayaran faedah untuk USD3 bilion hutang 1MDB yang dikeluarkan pada tahun 2013.

Dan 6 syarikat yang berbeza (termasuk syarikat tenaga terbesar Mesir dan dana negara Qatar) telah secara rasmi membuat tawaran untuk membeli Edra dari 1MDB yang akan mengurangkan lagi antara RM16 – RM21 bilion hutang.

Dua bidang tanah di Pulau Pinang dan Pulau Indah juga sedang dalam proses untuk dijual oleh 1MDB untuk kira-kira RM1.5 bilion.

Adalah sangat penting untuk ambil perhatian bahawa kerajaan hanya pernah membiayai RM1 juta dana pemegang saham serta garis kredit RM950 juta diberikan pada awal tahun ini – jauh lebih rendah dari apa yang kerajaan biayai secara langsung terhadap Perwaja (RM10 bilion) atau PKFZ (RM4 bilion).

Punca mengapa anda berfikir 1MDB memberi bahaya yang begitu besar kepada negara – walaupun kedua-dua agensi penarafan Fitch (yang baru menaik taraf rating kita) dan Standard & Poors (yang mengekalkan rating kita) mengatakan terdapat kesan yang terhad ke atas Malaysia – adalah kerana Tony Pua, The Edge, Sarawak Report dan Tun M yang beritahu anda – dan sudah tentu mereka mempunyai agenda mereka sendiri untuk berbuat demikian.

Orang-orang yang disebut di atas malah hingga terpaksa merujuk kepada dokumen yang diubah suai untuk menipu anda supaya menimbulkan ketakutan yang tidak rasional di dalam anda dan pasaran.

PM Najib berkata penyusunan semula 1MDB ini akan selesai pada akhir tahun ini dan melihat pada perkembangan semasa, tidak ada sebab mengapa anda perlu ragukannya.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1704360069782780