Kerugian Yang Ditanggung Akibat Bersih

1. Mengikut data dan fakta lama penganjuran BERSIH 1.0 , 2.0 dan 3.0 maka setiap kali BERSIH dianjurkan sebanyak RM1.8 juta kos pihak Kementerian Dalam Negeri perlu menanggung kerugian.

2. BERSIH 4.0 kali ini adalah selama dua hari maka anggaran kos kerugian yang perlu ditanggung oleh pihak KDN adalah sebanyak RM3.6 juta.

3. Sebanyak 15 000 pihak polis perlu bertugas dan bekerja setiap kali BERSIH dianjurkan.

4. Sebanyak 36 000 teksi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan mengalami kerugian. Kali ini mereka perlu menanggung kerugian selama 2 hari jika sebelum hari hanya sehari. Anggaran kerugian adalah sebanyak RM5.4 juta sehari dan kini untuk BERSIH 4.0 kemungkinan anggaran kerugian sebanyak adalah sebanyak RM10.8 juta (2 hari).

5. Anggaran sebanyak 6000 gerai di Sekitar Kuala Lumpur. Peniaga pelbagai bangsa akan mengalami kerugian besar. Anggaran keuntungan setiap gerai adalah sekitar RM1000- 50,000 sehari untuk setiap gerai. Kini untuk BERSIH 4.0 adalah selama 2 hari.

Oleh itu , anggaran kerugian keseluruhan peniaga di seluruh Kuala Lumpur adalah satu angka yang terlalu besar untuk dianggarkan.

6. Terdapat 15 Pusat Membeli Belah Utama di Kuala Lumpur akan mengalami kerugian yang amat teruk.

7. Pada BERSIH 3.0 yang lepas , Keuntungan Sungei Wang Plaza jatuh 30 peratus berbanding minggu-minggu biasa; Sogo, Low Yat, Starhill dan Lot 10 rugi 50 peratus manakala Pasar Seni di tutup sepanjang hari. Petaling Street pula lebih 80 peratus kedai ditutup manakala Suria KLCC lambat buka dan kebanyakan kedai di dalamnya ditutup.

8. Sebanyak 36 Stesyen Televisyen di Seluruh Dunia akan memaparkan tentang perhimpunan ini (setiap kali BERSIH dianjurkan).

Keadaan ini juga bermakna nama baik Kuala Lumpur dan Malaysia akan diburukkan dan tercemar ke seluruh dunia.

9. Sektor pelancangan Malaysia akan terjejas. Kos Kementerian Pelancongan untuk menyakinkan pelancong di 44 pejabat pelancongan Malaysia di seluruh dunia perlu ditingkatkan.

10. Sektor pelancongan di Malaysia secara putaratanya menyumbang sekitar RM 4.85 billion sebluan , RM1.21 billion seminggu dan RM173.51 sehari dan RM7.23 juta sejam. Anggaran kerugian yang perlu ditanggung adalah sekitar RM1.21 billion walaupun BERSIH dianjurkan selama 2 hari pada kali ini.

11. Hal ini disebabkan, untuk jangka satu minggu pelancong asing tidak akan berani datang melawat ke negara kita. Ada kalanya , jangka masa ini adalah lebih daripada seminggu. Tepuklah dada dan tanyalah selera berapa ramai dalam kalangan anda yang kini berani untuk melawat Bangkok ? Begitulah persepsi dan perasaan pelancong terhadap negara kita.

12. Sebanyak sekitar 600 hotel di seluruh Kuala Lumpur juga akan terjejas perniagaan mereka.

13. Sekitar sebanyak 1.7 juta populasi di Kuala Lumpur akan mengalami kesesakan lalu lintas sebanyak 2 hari untuk BERSIH 4.0 pada kali ini.

14. BERSIH ditaja oleh National Democratic Institute (NDI) , Open Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy (NED) . 3 institusi barat yang paling beracun dan berbahaya yang telah menaja banyak demonstrasi di seluruh dunia yang telah menyebabkan kehilangan ribuaan nyawa manusia demi mencapai agenda tersirat dan peribadi mereka.

Oleh Shen Yee Aun,
https://www.facebook.com/shen.yeeaun.9/posts/424344661107771