Khalid Ibrahim Tidak Tarik Balik Saman Terhadap Saifuddin Nasution Seperti Yang Cuba Diputarbelitkan

“..dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI.

Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut.”

Saifuddin Nasution
Ex-Secretary General, PKR.
https://twitter.com/BONadvocates/status/632041067559321600
https://twitter.com/BONadvocates/status/632041443998076929
https://twitter.com/BONadvocates/status/632039626388074497

Puak-puak PKR terutama sekali penyokong Rafizi Ramli cuba memutarbelitkan perkara sebenar daripada kes saman Khalid Ibrahim ke atas PKR dan Saifuddin Nasution serta Rafizi Ramli. Malaysiakini pula cuba memutarbelitkan perkara sebenar dengan menggambarkan pada peringkat awal kononnya Khalid Ibrahim telah menarik kembali saman tersebut dan kes itu selesai begitu sahaja

Hakikatnya, kes itu berjalan seperti yang diketahui. Puak PKR terutama sekali Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution serta PKR secara keseluruhannya adalah MESIN FITNAH yang tidak akan mengaku bersalah kecuali setelah mereka diheret ke mahkamah.

Dan bagi melepaskan diri, mereka rela memohon maaf serta penyelesaian luar mahkamah berbanding berhadapan dengan perbicaraan yang akan menelanjangkan segala perkara.

Perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Nurul Izzah yang disaman oleh Raja Nong Chik kerana membuat fitnah dan cerita bohong untuk menang sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13 lalu. Nurul Izzah yang berhadapan dengan saman besar, memilih untuk meminta maaf di luar mahkamah sebagai jalan penyelesaian serta memodalkan air mata dan kemut muka minta belas kasihan.

Rafizi Ramli yang berhadapan dengan saman Rosmah Mansor kerana menfitnah berhubung CINCIN RM24 JUTA pula memberikan alasan, dia HANYA BERGURAU.

Khalid Ibrahim telah difitnah dengan teruk pada PRK Kajang yang diorkestrakan untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dan mengalihkan isu apabila Mahkamah Agung memutuskan bahawa Anwar Ibrahim bersalah kerana JENAYAH LIWAT. Cubaan untuk menjadikan Anwar Ibrahim dan kemudian isterinya, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor mendedahkan niat jahat PKR yang menjadikan fitnah sebagai inspirasi utama mereka.

Untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dengan bantuan DAP, pelbagai isu rasuah dan salahguna kuasa telah dituduh Khalid Ibrahim melakukannya. Kononnya PKR mempunyai pelbagai bukti berbentuk dokumen untuk menunjukkan yang Khalid Ibrahim melakukan rasuah dan salahguna kuasa. Tetapi sampai sudah, tidak ada dokumen yang dimaksudkan. Sebaliknya yang dilakukan oleh para peguam PKR ialah meminta agar kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah dengan PKR, Rafizi dan Saifuddin memohon maaf.

Sebagai balasan, mereka akan meminta maaf kepada Khalid Ibrahim dan mengakui bahawa mereka telah menfitnah Khalid Ibrahim.

Menariknya, untuk tutup malu, mereka cuba menggambarkan kononnya kes tersebut berakhir dengan masing-masing meminta maaf dan mengakui kesalahan masing-masing. Kononnya juga, PKR mempunyai bukti yang Khalid Ibrahim telah meminta maaf secara peribadi kepada Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution serta PKR secara keseluruhannya kerana telah mengheret mereka ke mahkamah.

Hakikatnya, permohonan maaf Khalid Ibrahim hanyalah permohonan maaf biasa mengikut adat orang Melayu apabila menyambut Syawal!!!

Sampai macam ni pun, mereka masih juga melakukan fitnah untuk pujuk diri sendiri!

http://theflyingkick.blogspot.com/2015/08/pkr-rafizi-dan-saifuddin-ismail.html