Lim Guan Eng Kalah Saman Isu Hapus DEB

Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) menang dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan ganti rugi RM200,000 yang perlu dibayar kepada Lim Guan Eng atas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Keputusan sebulat suara itu dicapai sebentar tadi oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Dr. Badariah Sahamid ketika membenarkan rayuan UMMB.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut diperintah membayar kos guaman RM50,000 kepada syarikat akhbar ini.