Lim Guan Eng Mahu Semua Pemimpin Pembangkang Akur Dengan Pemikirannya

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak perbezaan pendapat dan bersikap autokratik apabila mahu semua pemimpin pembangkang akur dengan pemikirannya.

Kes itu paling ketara berlaku dalam isu rombakan kabinet, di mana beliau merasakan pemikirannya sahaja yang benar dan memilih pendekatan menyerang serta memperburuk-burukkan peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak sehaluan dengan pendapatnya.

“Saya amat kesal dan terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang menyatakan bahawa beliau tidak mahu membuat komen.

“Dia biarkan (untuk) menunggu melihat prestasi menteri-menteri. (Padanya) rombakan kabinet suatu perkara yang biasa (sahaja),”kata Guan Eng

Menurutnya, rombakan kabinet itu bukan perkara biasa seperti didakwa Hadi kerana ia melibatkan pengguguran Timbalan Perdana Menteri dan Peguam Negara.

“Jadi jelas, beliau (Hadi) cenderung kepada Perdana Menteri dan UMNO.

“Dan saya rasa ini amat jelas, inilah hala tuju PAS.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa Hadi bersikap autokratik dalam memimpin partinya.

“Pemimpin-pemimpin PAS lain boleh mempertikaikan (sesuatu pendapat yang dikeluarkan Hadi), tetapi itu tidak bermakna langsung.

“Kerana kita tahu, apa yang diputuskan Presiden PAS adalah muktamad.

“Beliau (Hadi) menyatakan ada kuasa veto. Seorang ada kuasa veto..Kata dia adalah muktamad,”katanya lagi.