Malaysia Sedang Hadapi Sabotaj Ekonomi Oleh Pengkhianat

Laporan terbaru dari Thailand yang mengatakan terdapat letupan bom di Bangkok semalam adalah bertujuan untuk mensabotaj ekonomi Thailand. Ekonomi Thailand sangat bergantung kepada pelancongan di mana sekitar 15 juta pelancong melawat Thailand pada setiap tahun, dengan 30% daripadanya merupakan dari China.

Sebab itulah pengebom menyasarkan salah satu kawasan tersibuk di tengah Bangkok yang kebiasaannya akan penuh dengan pelancong dan orang yang datang untuk membeli belah. Dilaporkan lebih kurang 100 orang cedera dan terbunuh merupakan rakyat China dan Taiwan.

Sabotaj ekonomi merupakan senjata yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, malah lebih berkesan dari tindakan ketenteraan. Dan Malaysia tidak terkecuali dari sabotaj seperti ini, walaupun bukan dengan cara yang sama mereka lakukannya di Thailand.

Di dalam kes Malaysia, mereka sedaya upaya berusaha untuk merendahkan kredibiliti kerajaan. Perunding media dari barat dipanggil untuk memutarbelit cerita di dalam penerbitan asing dan menulis mengenai salah guna kuasa dan rasuah yang kononnya dilakukan oleh Perdana Menteri dan berkenaan dengan ekonomi Malaysia yang hampir bangkrap.

Dan untuk menguatkan lagi tuduhan ini, terdapat usaha untuk menyerang ringgit untuk ‘membuktikan’ yang dunia telah hilang sepenuhnya keyakinan di Malaysia. Gambaran yang cuba dipaparkan adalah nilai ringgit yang rendah bermakna Malaysia sedang menuju kehancuran. Mereka juga mengatakan Malaysia merupakan salah satu ‘negara yang gagal’.

Ini bukan sahaja tidak benar malah bersifat khianat. Sabotaj ekonomi, terutamanya yang digerakkan dan dibiayai oleh rakyat Malaysia, tanpa ragu-ragu lagi merupakan satu bentuk penderhakaan. Pengkhianat ini mesti didedahkan dan tindakan mesti diambil ke atas mereka.

Kita tidak lagi boleh membiarkan negara ini menderita akibat cita-cita politik mereka yang ingin menggulingkan kerajaan dan merampas kuasa dengan cara tidak berperlembagaan.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.com/2015/08/malaysia-is-facing-economic-sabotage.html?m=1