MALAYSIAKINI Menghampiri Garisan Ditutup Sepenuhnya

Portal berita dalam talian, Malaysiakini yang dibiayai pertubuhan yang sama menggerakkan pelbagai demonstrasi jalanan hingga menjatuhkan kerajaan di Egypt dan Ukraine serta huru-hara di Hong Kong, National Endowment for Demoracy (NED) diarah menurunkan dua artikel.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan malam tadi mengarahkan portal itu menurunkan dua artikel bertajuk ‘Report filed against Chief Sec, PSD Head’ yang dimuatnaik pada jam 5.31 petang, 13 Ogos lalu.

Manakala satu lagi artikel adalah berita yang sama dalam versi Bahasa Malaysia bertajuk ‘Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA’ yang diterbitkan pada jam 6.17 petang hari yang sama.

“SKMM mendapati, berita dalam kedua-dua artikel yang diterbitkan itu adalah tidak benar berdasarkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun menafikan wujudnya pegawai-pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009,” kata SKMM dalam kenyataan tiga perenggannya.

SKMM turut memberi amaran kepada portal berita untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum ia disiarkan.

“MCMC juga mengingatkan, sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Malaysiakini berterusan menyiarkan pelbagai artikel tidak sahih serta mencetus kemarahan antara kaum selari dengan objektif penyumbang dana, NED yang dibayangi penyangak matawang, George Soros.

“NED ditubuhkan pada 1983 sebagai pertubuhan persendirian dan mengambil sebahagian daripada peranan fungsi perubahan rejim dengan lebih fleksibel dan telus sebagaimana digunakan agensi perisikan CIA. Salah seorang pengasas NED pernah memberitahu akhbar Washington Post, “apa yang kami lakukan hari ini telah dilakukan secara terselindung oleh CIA 25 tahun lalu.”

Sussman dan Krader turut menulis, di Ukraine pada 2004, Amerika Syarikat membelanjakan $34juta (RM127 juta) melalui ‘inisiatif’ perubahan rejim (Jabatan Negara Amerika Syarikat 2004) manakala Soros ‘menyumbang’ $1.6juta (RM6 juta) bagi menyokong pergerakan gabungan ‘Freedom of Choice’ N GO Coalition dan pertubuhan penentang Ukraine, ‘New Choice 2004).

NED bukanlah sebuah pertubuhan mengalakkan demokrasi sebaliknya sebuah agensi topeng CIA bagi menyahstabilkan sesebuah negara, menjadikan sesebuah negara sasaran menjadi huru-hara.

Melalui pembiayaan kepada penerima termasuk di Malaysia, mereka dapat campur tangan termasuk menyemarakkan huru-hara di negara ini secara proksi

Sumber: http://mynation.my/malaysiakini-menghampiri-garisan-ditutup-sepenuhnya/