Mengapa Saya Tidak Akan Sokong DAP Walaupon Akan Diejek & Dilabel ‘ANTI-CINA’ – Jason Chin

Ya. Anda betul. Nama saya Jason Chin dan saya adalah dari keturunan Cina. Namun, saya secara terbuka mengaku bahawa saya tidak akan menyokong serta membuang undi untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP). Saya juga memberi jaminan bahawa bukan saya seorang saja Cina yang tidak akan menyokong DAP. Ramai lagi seperti saya di luar sana yang tidak menyuarakan pendapat mereka, kerana mereka takut mereka akan diejek dan dilabel ‘anti-Cina’.

Biar saya berterus terang. Sebab mengapa saya tidak akan menyokong DAP ialah kerana mereka itu, sekumpulan orang yang rumit, tidak berpendirian dan sama sekali tiada integriti. Ya, mungkin tidak semua daripada mereka tetapi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah pasti tergolong.

Bukti DAP tiada intergriti:

Dari tahun 1952-1969 pembangkang terkuat di Malaya adalah Parti Buruh yang dipengaruhi oleh komunis. Pada Pilihanraya Umum 1969, parti Buruh memboikot pilihanraya dan telah meninggalkan barisan pembangkang terdiri daripada DAP, Gerakan, PPP dan PMIP/PAS.

Dalam tempoh berkempen, Parti Buruh memberi sokongan di belakang DAP. Ini dengan sendirinya akan memberitahu anda berkaitan intipati DAP. DAP mempunyai ideologi komunis di dalam DNA parti mereka.

Dalam laporan Majlis Gerakan Negara (NOC) berkaitan pasca tragedi berdarah 13 Mei 1969, jelas menyebut bahawa pada 11 Mei 1969, DAP menganjurkan pelbagai perarakan tanpa permit polis.

Mereka yang hadir telah mencetuskan sentimen perkauman yang keras. perhimpunan haram itu dikatakan menjadi punca rusuhan 13 Mei.

Walaupun Lim Kit Siang terus mengatakan bahawa dia tidak berada di dalam negara ini semasa tarikh tersebut, namun dia tidak mengkritik tindakan DAP melalui perhimpunan yang menakutkan itu telah membawa kepada pertumpahan darah 13 Mei.

Terdapat gambar (di internet) menunjukkan Setiausaha Agung DAP Goh Hock Guan memegang bendera Roket (bendera DAP) dan berarak di jalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum rusuhan.

Generasi yang lebih tua yang masih hidup ketika rusuhan tahu bagaimana DAP menyebarkan kebencian di kalangan rakyat yang akhirnya membawa kepada hari yang paling gelap dalam sejarah Malaysia.

Dengan strategi musuh bersama terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kit Siang telah menawarkan untuk berbaik-baik dengan musuh paling utamanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apabila Mahathir mengejek tindakan Kit Siang itu dan berkata tidak akan bekerjasama dengan pembangkang, Kit Siang mula memuat naik artikel anti-Mahathir dalam blognya. Tiada apa-apa yang rugi.

Publisiti lagak ngeri Kit Siang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini memberi isyarat bahawa dia telah menyeru ‘gencatan senjata’ di mana sebelum ini dia melemparkan pelbagai kata-kata kesat terhadap organisasi itu.

Semoga roh Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed berehat dengan aman terutamanya selepas ‘gencatan senjata’ di antara DAP dengan SPRM.

Kit Siang pergi ke Kelantan dan menyampaikan ucapan menentang Hudud untuk dilaksanakan kepada umat Islam di sana dan DAP turut mendakwa tindakannya itu tidak berbentuk perkauman walaupun dia telah diejek oleh anak Tok Guru Nik Aziz.

Jika perkara yang sama dilakukan di Pulau Pinang di mana seorang bukan Cina pergi ke negeri dan bercakap menentang budaya Cina, Lim Guan Eng mungkin bertindak balas dengan tindakan yang sepatutnya.

Sama ada anda suka atau tidak, Hudud adalah undang-undang Islam dan kita semua harus menghormatinya. Bercakap menentang Hudud secara terbuka adalah relatif dengan penentangan terhadap Islam dan suatu tindakan yang melanggar asas-asas perlembagaan negara kita.

Ketika Mahathir berkuasa, Kit Siang akan segera ditangkap di bawah Akta Hasutan.

Apabila Najib memecat menteri dan timbalan menteri dari jawatan masing-masing kerana didakwa tidak memberi sokongan di belakangnya, Kit Siang secara meluas mengutuknya, termasuk juga rakan-rakan pakatan pembangkang mereka.

Mereka mengatakan ia adalah suatu penyalahgunaan kuasa.

Walau bagaimanapun, apabila Lim Guan Eng memecat Ahli Majlis PAS daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas PAS mengambil keputusan memutuskan bekerjasama dengan DAP, tiada siapa yang berkata apa-apa.

Bukankah tindakan Guan Eng juga sama, cuma berbeza keadaannya ?

Apabila Najib dan Rosmah memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi Ramli, mereka mengejek tindakan itu. Mereka berkata sebagai seorang tokoh terkemuka, Najib tidak perlu mendakwa seseorang berkaitan dengan kata-kata yang dituturkan, sebaliknya ia perlu ditangani secara profesional.

Walau bagaimanapun, apabila Guan Eng menyaman Utusan Malaysia, Free Malaysia Today dan Malaysiakini kerana fitnah ia dianggap sebagai keputusan yang boleh diterima.

Sangat jelas tindakan double-standard.

Guan Eng telah merasai padahnya apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang baru-baru ini mengarahkan dia membayar RM500, 000 sebagai ganti rugi kepada calon BN, Datuk Jahara Hamid yang digelarnya sebagai “nenek perkauman”.

Seorang pemimpin sejati tidak boleh mengucapkan gelaran seperti itu.

Apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa orang ramai supaya tidak bertindak balas secara tergesa-gesa terhadap Najib, DAP menuduhnya sebagai ‘musuh’ dan melabel beliau sebagai pro-Najib.

Walau bagaimanapun, hari ini, apabila DAP Johor membuat tawaran untuk bekerjsama dengan UMNO Johor, ia sekali lagi boleh diterima. DAP Johor telah berkata mereka secara terang-terangan adalah pro-BN Johor.

Tindakan ini memalukan kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kekuasaan.

Guan Eng sekali lagi bermain dengan publisiti apabila beliau terus mengutuk pencerobohan Israel ke atas Palestin.

Bagaimanapun, beliau tidak mengutuk tindakan yang sama apabila China melarang umat Islam berpuasa pada Ramadan di kawasan dominasi Muslim di negara itu.

Saya menyeru agar pihak media untuk terus melapor tentangan terhadap DAP atau pembangkang apabila mereka melakukan perbuatan salah.

Biar Guan Eng terus menyaman kerana fitnah. Sekurang-kurangnya rakyat boleh melihat bagaimana besar hipokrasi beliau apabila beliau menggesa kebebasan media tetapi menyaman media apabila mengamalkan konsep kebebasan.

Sumber: http://www.malaysia-today.net/why-i-will-never-support-dap/