Najib & 1MDB Disiasat Bagai Nak Rak, Isu Azmin & DEIG Pula Membisu Seribu Bahasa?

Sebelum ini ramai orang menjadi gila-gila kerana tetiba menjadi penyiasat tidak bertauliah, pakar kewangan, pakar bank, pakar polis kepada polis dan sebagainya.

Perdana Menteri dikoreksi, dimalukan, diaibkan luar dan dalam, sehingga ada sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang. Akhirnya ada yang hilang jawatan gara-gara termakan hasutan.

Tetapi, keghairahan menyerang Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini terpelanting kepada syarikat kontrovesi yang baru ditubuhkan DEIG di bawah Menteri Besar Selangor.

Di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor minggu ini, MB Azmin Ali terkapai-kapai, tersekat-sekat dan merah kemerah-merahan wajahnya kerana gagal menjawab soalan TS Khalid Ibrahim dengan yakin. Soalannya sangat-sangat mudah! Di mana wang RM7.65 Bilion? Sehingga ke hari ini Azmin gagal menjawab dengan betul.

Pertanyaan Rakyat:

1. Di pihak rakyat pula, mereka bertanya kenapa tidak ada siasatan ke atas kes-kes berProfil Tinggi melibatkan RM7.65 Bilion dan RM30 Bilion?

2. Kenapa tidak ditubuhkan Pasukan Petugas Khas? Kenapa pihak berkuasa kelihatan senyap dan berdiam diri dalam kes Azmin tetapi berkejar-kejar siang dan malam menyiasat 1MDB dan derma RM2.6 Billion?

Rakyat melihat perkara ini tidak adil. Jika terus berdiam diri, rakyat akan mempersoalkan integriti dan kredebeliti pihak berkuasa dalam negara kita. Siasatan sangat perlu untuk mencari kebenaran.

3. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994?

4. Apa tujuan DEIG yang kelihatan seumpama bisnes rahsia?

5. Apa yang dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat?

6. Adakah MB Azmin sekaligus sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan Pengerusi DEIG mempunyai kuasa veto?

7. Adakah DEIG anak syarikat MBI atau syarikat yang berasingan?

8. Apakah kaitan dengan nama dua individu yang dikaitkan dengan syarikat berstatus RM2 DEIG? Siapakah mereka?

9. Adakah MB Azmin menubuhkan DEIG kerana ragu kepada MBI?

10. Adakah kerana MBI pernah diketuai oleh Faekah bekas Pegawai TS Khalid Ibrahim ?

11. Bagaimana pula peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC)? Nampaknya bisnes kerajaan Selangor bertindan-tindan antara MBI, DEIG, SSIC dan Perbadanan ikhtisas yang lain.

12. Paling menarik sekali ialah kenapa wakil rakyat DAP Selangor dan kumpulkan GHB turut mempersoalkan DEIG? Apakah yang mereka tahu dan apakah yang mereka sembunyikan?

Kesimpulan:

1. Pihak berkuasa perlu menunjukkan tindakan yang adil. Jika 1MDB disiasat berbulan-bulan lamanya bagai nak rak, gara-gara laporan-laporan palsu dan dokumen yang diubahsuai di dalam Sarawak Report, kenapa MB Azmin dan DEIG tidak disiasat walhal ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor oleh ahli-ahli kerajaan negeri Selangor sendiri?

2. Jika derma RM2.6B disiasat sehingga ke lubang cacing mengapa kes RM7.65Bilion yang dibangkitkan oleh bekas MB Selangor, TS Khalid Ibrahim tidak disiasat?

Untuk makluman, TS Khalid adalah pakar ekonomi manakala MB Azmin adalah bekas guru di Shah Alam. Kepakaran mengurus ekonomi dan wang serta aset berkapasiti besar sudah tentu berpihak kepada TS Khalid.

Penns, USA.
August 21, 2015.

Sumber: http://www.al-azharrisiddiq.com/2015/08/najib-dan-1mdb-disiasat-bagai-nak-rak.html