Najib Tidak Pernah Menafikan Akaun Tersebut Bukan Milik Beliau Atau Tidak Menerima Sebarang Dana Melalui Akaun Tersebut. Beliau Hanya Menafikan Menerima Wang 1MDB

Apabila Wall Street Journal dan Pakatan Rakyat menuduh Najib Razak mengambil sejumlah USD 700 juta milik 1MDB ke dalam akaunnya, beliau menulis;

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.”

Najib juga dalam perjumpaan dengan Majlis Tertinggi UMNO mengakui menerima dana untuk pilihan raya tetapi menafikan menerima dari 1MDB atau menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadinya. Mohd Najib juga tidak pernah memaklumkan berapa jumlah dana tersebut kepada mereka.

Mungkin beliau sendiri tidak pasti jumlah dana tersebut dan perbelanjaannya, lalu mengarahkan pasukan khas menyiasat akaun tersebut.

Semalam Najib sendiri bersedia mengumumkan senarai penyumbang Pilihan Raya Barisan Nasional sekiranya semua parti politik bersetuju.

Selagi parti lain tidak bersedia mendedahkan sumbernya tiada sebab Barisan Nasional perlun mendedahkan.

Garis sempadan di sini ialah:

1. Mohd Najib tidak pernah menafikan akaun tersebut bukan milik beliau.

2. Mohd Najib tidak pernah menafikan beliau tidak menerima sebarang dana melalui akaun tersebut.

3. Mohd Najib hanya menafikan beliau menerima wang 1MDB seperti mana yang didakwa oleh WSJ, Tun Mahathir dan Pembangkang.

Lebih utama siasatan SPRM mendapati tiada wang 1MDB atau mana-mana pihak yang berunsur rasuah dikesan menyumbang ke dalam akaun Perdana Menteri untuk pilihan raya ini.