Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian Akui Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak Terbaik

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian mengakui bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengatasi beberapa isu penting negeri ini.

Ini terbukti dengan beberapa pendekatan yang telah dilakukannya terhadap rakyat seperti membanteras pembalakan haram dan rasuah, mengurangkan tarif elektrik domestik, pemansuhan tol jambatan (kecuali tol Jambatan Tun Salahudin), pemansuhan tambang feri kepada RM1 sahaja dan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Ketua Menteri juga sering mengeluarkan kata-kata yang positif dan saya dapati ada juga kebenarannya.

“Ada satu laporan akhbar mengatakan rating Ketua Menteri adalah tinggi iaitu pada 74 peratus, mungkin kerana sokongan rakyat.

Peningkatan sokongan rakyat kepada Ketua Menteri Sarawak itu sememangnya diakui dan aura Adenan Satem memang dekat dengan rakyat.

Begitupun, dalam politik sebagai parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan mencuba nasib sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN) di Sarawak.