Pertimbangkan Semula Untuk Mengelak Keburukan Yang Tidak Boleh Berpatah Balik & Kemungkinan Malapetaka – Tan Sri Robert Phang, Pengerusi Social Care Foundation

Rayuan terakhir kepada Maria Chin.


Kita tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan mengenai isu ini.

Mesej yang anda mahu sebarkan adalah kuat dan jelas. Saya percaya majoriti daripada kita akan menyokong dan bersama-sama dengan misi itu. Walau bagaimanapun, sila ambil kira kemungkinan perhimpunan ini menjadi tidak terkawal.

Itu adalah kebimbangan terbesar bagi kebanyakan kita.

Malaysia pada ketika ini tidak membawa imej yang positif di mata orang asing. Oleh itu janganlah burukkan lagi imej negatif ini.

Saya masih merayu kepada anda untuk mengadakan perhimpunan ini di kemudian hari walaupun ia masih mahu diadakan di Dataran Merdeka. Objektif anda berhimpun di Dataran Merdeka adalah kerana seperti yang anda sebutkan tempat itu dikenali di seluruh dunia.

Sila fikirkan dan mengambil kira penderitaan yang boleh dielakkan untuk dua golongan iaitu rakyat yang tidak tahu dan rakyat yang tidak bersalah. Bagaimana anda rasakannya?

Sila pertimbangkan semula untuk mengelak keburukan yang tidak boleh berpatah balik dan kemungkinan malapetaka.

Bola berada di kaki anda.

Merdeka, Merdeka, Merdeka!

Tan Sri Robert Phang,
Pengerusi Social Care Foundation.
http://www.malaysiakini.com/news/310307