Petua Azmin Ali: Takung Air Hujan Untuk Basuh Kereta

Nampaknya, kerajaan PKR Selangor akan menggunakan taktik yang sama digunakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu air iaitu menyalahkan rakyat!

Sebelum ini, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menaikkan kadar tarif air sebanyak 16.7 peratus tatkala GST diperkenalkan, satu taktik yang cuba mengalih perhatian rakyat daripada mempersoalkan kenaikan tersebut.

Ianya ternyata telah mengengkari manifesto pakatan pembangkang sebagaimana yang tercatat dalam Buku Jingga yang berjanji untuk menurunkan caj air kepada rakyat.

Yang disalahkan ialah rakyat kerana didakwa membazir air. Begitu mudah mereka menuduh rakyat.

Begitu juga dengan Azmin Ali seperti yang dilaporkan di dalam media. Di antara laporannya:
Dengan kadar kos RM120 juta hingga RM150 juta setahun, beliau mengakui ia jumlah yang besar apabila rakyat sewenangnya melakukan pembaziran.

Media juga melaporkan kenyataan Azmin yang menyarankan penduduk Selangor mengguna pakai ‘teknologi sedia ada’ dalam menguruskan penggunaan air.

“Kita ada konsep dan tenologi lain untuk siram pokok, basuh kereta dengan menggunakan air hujan, tetapi konsep ini belum lagi digunakan rakyat Selangor maka ia perlukan kempen kesedaran.

“Dan ini sedang diteiliti untuk mendidik rakyat Selangor dan beri kesedaran kepada mereka supaya berjimat cermat serta pada masa sama menggunakan teknologi terkini untuk menakung air hujan bagi kegunaan lain,” katanya lagi. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ada-yang-tidak-hargai-air-percuma-azmin-ali-70651

Takung air hujan untuk basuh kereta?

Nak tergelak pun ada apabila Azmin Ali mensyorkan kaedah menakung air ini. Bukan apa, statistik sehingga 8 Ogos lepas menunjukkan bahawa sebanyak 1,336 kes denggi dicatatkan di Selangor menjadikan keseluruhan kes denggi di negeri itu berjumlah 41,223 kes dengan 92 kematian. Jika air tidak ditakung dengan betul, risau kes denggi akan meningkat lebih tinggi dan Azmin terpaksa turun ke dalam longkang dengan lebih kerap.

Dan cuba kita fikirkan jika kenyataan ‘takung air untuk basuh kereta’ ini disebut oleh Menteri atau pemimpin UMNO, yakin portal-portal pro-pembangkang akan menyerang habis-habisan Menteri atau pemimpin UMNO.

Dapat mengagak tajuk portal-portal pro-pembangkang adalah ‘Menteri syorkan tadah air hujan untuk basuh kereta.’

Sudah tentu laporan portal pro-pembangkang akan menokok tambah serta memutarbelitkan kenyataan asal supaya mendatangkan kemarahan rakyat . Bukan itu sahaja, balaci-balaci pro-pembangkang akan mengherdik dan menghina menteri atau pemimpin UMNO tanpa belas kesihan.

Tetapi hakikatnya, Azmin Ali dari PKR yang mensyorkan supaya air hujan ditakung untuk basuh kereta dan siram pokok. Jadi, tidak mungkin portal-portal pro-pembangkang akan memainkan isu ini kerana kita tahu sikap hipokrit portal-portal tersebut.

Nampaknya, Azmin Ali benar-benar tidak boleh tidur apabila berdepan dengan banyak isu yang mempertikaikan kredibiliti beliau dan kerajaan Pakatan. Selain daripada isu air, Azmin Ali berdepan dengan skandal DEIG yang sangat mencurigakan.

Sumber: http://novandri.blogspot.com/2015/08/takung-air-hujan-untuk-basuh-kereta.html