PKR Jangan Rampas BERSIH 4.0! Jika Mereka Mahu Agenda Sendiri, Lakukannya Dalam Masa Anda Sendiri! – Siti Zabedah Kasim, AJK Hak Asasi Manusia Majlis Peguam

Ahli jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim tidak bersetuju dengan campur tangan pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam himpunan Bersih 4.0.

Menurut tulisannya dalam laman Facebook Siti Kasim, beliau memberitahu bahawa dia telah membaca senarai nama mereka yang bertanggungjawab mengetuai himpunan itu di sekitar ibu kota. http://goo.gl/2Dm9fM

“Saya membaca senarai nama dan kesemua mereka adalah ahli politik PKR atau penyokong kuat mereka. Maaf, tetapi saya tidak bersetuju dengan campur tangan orang-orang ini ke dalam organisasi #Bersih.

“Jika mereka mahu agenda sendiri, lakukannya dalam masa anda sendiri. Tidak pada masa ini. Kita punyai gambaran yang lebih besar di samping agenda politik mereka sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata platform himpunan itu akan digunakan untuk menyatakan tuntutan pembebasan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Siti Kasim sebelum ini pernah menafikan bahawa dirinya murtad selepas dikecam hebat nitizen dan pernah muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekalian alam’ ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya.

Malah beliau juga merupakan salah seorang aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Gabungan NGO Malaysia di dalam proses UPR (Comango).

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/29/pkr-jangan-rampas-bersih-4/#ixzz3kBrOPtQa