PKR Sokong Undi Tidak Percaya Dengan Syarat Anwar Dibebaskan

Adakah PKR adalah semua tentang Anwar semata-mata?

Kelihatan seperti itu. Ditubuhkan oleh Anwar, untuk Anwar dan hanya demi kepentingan Anwar dan kepentingan terbaik keluarganya. Selebihnya rakyat hanya macai dan berkhidmat untuk Anwar.


PKR sedia menyokong undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Parlimen dengan syarat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibebaskan dari penjara.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, syarat-syarat lain ialah kerajaan yang baharu perlu melaksanakan reformasi pentadbiran kerajaan dan negara.

“Kalau mereka setuju barulah kita berikan sokongan terhadap undian tidak percaya,” katanya yang dipetik dari portal BNBBC.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, tiada guna menyokong usaha menggulingkan Perdana Menteri menerusi undi tidak percaya jika penggantinya lebih teruk.

Jelasnya, PKR perlu juga melihat siapakah individu yang bakal menggantikan Najib sebelum membuat keputusan menyokong undi tidak percaya.

Ahli Parlimen Kelana Jaya itu berkata, walaupun PKR tidak terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib menerusi undi tidak percaya tetapi sedia menyokong usaha ke arah itu.

“Kita tidak tahu dan ini tidak ada kaitan dengan pembangkang. Cuma yang kita dengar usaha ini datang dari UMNO sendiri. Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ku Li atau Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Wong Chen berkata, usaha menjatuhkan Najib menerusi undi tidak percaya memerlukan 112 undian.

Jelasnya pada masa sekarang, pakatan pembangkang memiliki 88 kerusi Parlimen dan BN memerlukan 24 kerusi untuk menjatuhkan Najib.

“Kalau kita setuju sekalipun kita kena tengok siapa penggantinya. Jika bakal menggantikan Najib lebih teruk, tidak guna jugalah,” katanya, lapor portal itu.

Sumber:http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/08/16/pkr-sokong-undi-tak-percaya-dengan-syarat-anwar-dibebaskan/