Protes Jalanan Mencetuskan Kekacauan & Memberi Lebih Banyak Keburukan

Ini boleh berlaku lagi di protes BERSIH.

Kita tak perlukan ini semua pada ketika ini apatah lagi negara jiran kita turut mengalami keadaan ekonomi yang getir pada saat ini.

Realiti ekonomi di negara jiran:

– Thailand mengurangkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2015 untuk kali ketiga, dengan eksport akan berkurangan sebanyak tiga peratus.

– Bank Dunia mengurangkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi Indonesia untuk 2015.

– KDNK Singapura merudum 4.6 peratus pada suku kedua tahun ini, lebih teruk daripada unjuran.

– Pertumbuhan ekonomi Filipina bagi suku pertama lembab bagi tempoh 6 tahun.

– Eksport Brunei jatuh 32 peratus pada suku pertama 2015. Mungkin memasuki tahun ketiga mengalami pertumbuhan negatif KDNK.

(yang di atas semua dah bertahun-tahun ada GST. Yang tiada GST itu yang lebih parah. Brunei sudah dua tahun negatif. Tahun ini juga Brunei pasti mengalama negatif KDNK).

Malah, Korea Selatan, negara pengeluar Samsung dan K-Pop, turut bergelut dengan pertumbuhan ekonomi berikutan gejala Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) yang bagaimanapun tidak ‘singgah’ ke Malaysia.

– KDNK per kapita Korea Selatan bagi tahun 2015 dijangka susut buat pertama kali bagi tempoh enam tahun.

Dan Taiwan turut dilaporkan ekonomi negara itu bergerak lembab bagi tempoh tiga tahun.

Kita tidak mahukan lebih banyak kekacauan dan tekanan, ketidakstabilan dan ketidakpercayaan terhadap ekonomi Malaysia.

Dipimpin oleh gerakan seperti BERSIH yang menyokong halatuju agensi pembiaya mereka sama seperti perbuatan khianat terhadap negara.

Sebarkan maklumat ini. Kita menentukan masa depan kita. Bukan ‘mereka.’

Baca mengapa bekas peserta BERSIH ini menyatakan “Saya Tidak Akan Sertai BERSIH 4.0.” http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/why-i-will-not-join-bersih-4-abdul-haleem-abdul-rahiman

Dan baca penyokong BERSIH ini menulis: “Protes Jalanan Lebih Banyak Keburukan Daripada Kebaikan terutama selepas insiden Low Yat.” http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2015/07/31/street-rallies-do-more-harm-than-good/

Sumber: http://mynation.my/bersih4-dibayangi-george-soros/