Punca Mengapa BERSIH 4.0 Menyambut Kehadiran Tun Mahathir Di Perhimpunan Dengan Tepukan Dan Sorakan

Objektif Bersih 4.0 adalah seperti berikut:

  1. Pilihanraya bersih dan adil
  2. Kerajaan yang telus
  3. Hak untuk demonstrasi
  4. Pengukuhan sistem demokrasi berparlimen
  5. Menyelamat ekonomi negara

Bersih 4.0 kemudian menyambut Tun Mahathir, kehadiran bekas Perdana Menteri. Mereka bersorak, memberi laluan kepada beliau. Memberinya tepukan bertalu-talu tanpa henti kerana:

  1. Pada zamannya, beliau menjalankan pilihan raya bebas dan yang paling adil di Malaysia.
  2. Beliau mempunyai kerajaan yang paling telus.
  3. Beliau membenarkan semua jenis demonstrasi.
  4. Beliau mengamalkan sistem demokrasi berparlimen secara maksimum.
  5. Beliau membangunkan ekonomi negara dan menggunakan masa bertahun-tahun untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia dari keruntuhan yang berlaku dalam 3 hari.

Izinkan saya untuk menambah:

  1. Beliau memelihara badan kehakiman dengan terbaik sepanjang masa.
  2. Beliau tidak mempunyai kroni, oleh itu bebas dari segala bentuk rasuah, nepotisme dan kronisme.

Tahniah BERSIH 4.0. Anda sangat menakjubkan. Amat berbangga dengan anda.

Oleh Tai Zee How,
https://www.facebook.com/sergeant.roy/posts/10154188863774966?pnref=story