Rafizi Beritahu Mahkamah Tinggi Langkah Kajang Terpaksa Dilakukan Kerana UMNO. Bukan Kerana Anwar Mahu Jadi MB Dan Khalid Ibrahim Korup & Tiada Integriti?

Rafizi baru memberitahu mahkamah tinggi bahawa Langkah Kajang terpaksa dilakukan kerana UMNO – dan bukan kerana Anwar mahu menjadi MB malah bukan juga kerana Khalid telah dilabel korup atau tidak berintegriti oleh mereka.

Bukti yang Rafizi berikan termasuk:

1) JAIS Selangor menyerbu Bible Society of Malaysia dan menyita Bible bahasa Melayu. Tidak kira bahawa JAIS adalah di bawah Kerajaan Selangor dan melaporkan terus kepada Sultan Selangor. Ia masih kesalahan UMNO nampaknya.

2) Satu kain rentang telah direntang dan Molotov koktel telah dibaling di sebuah gereja Pulau Pinang – oleh itu ia nampaknya menjejaskan Selangor.

3) Pemimpin UMNO, JATI, PERKASA dan ISMA telah memberikan kenyataan mengapi-apikan pada masa lalu.

Walaupun ISMA, JATI dan PERKASA bukan UMNO, ia tidak penting selagi Rafizi yang mengatakannya.

ISMA dan JATI adalah cabang PAS dan Malah ISMA bertanding menentang UMNO pada PRU ke-13 di bawah bendera BERJASA .

4) Beliau juga berkata Muhyiddin Yassin memberikan sokongan senyap kepada ahli-ahli partinya untuk protes di hadapan gereja pada hari Ahad.

Bagaimana dengan tidak berkata apa-apa bermakna memberi sokongan adalah di luar akal saya.

Rafizi sedang menghadapi kes mencetus kebencian agama dan bangsa dengan membuat kenyataan yang bodoh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/umno-tried-to-undermine-selangor-government-rafizi-tells-court

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1710075972544523