Sambutan Hari Kebangsaan Esok Mungkin Dibatalkan. Askar Dilaporkan Berjaga-jaga

Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 esok (31 Ogos 2015) di Dataran Merdeka mungkin terpaksa dibatalkan jika perserta Bersih 4.0 enggan bersurai malam ini.

Adalah mustahil Perbarisan sambutan kemerdekaan di hadapan tetamu negara, kenamaan dan rakyat biasa dapat dijalankan dengan risiko peserta himpunan haram masih berada di dataran tersebut.

Setakat ini telah disahkan bahawa SAMBUTAN ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka telah dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil. Ini berikutan keengganan pengajur Bersih menamatkan perhimpunan mereka hari ini dan pihak Polis masih tidak mendapat arahan untuk menyuraikan perhimpunan Haram ini.

Sementara itu, sumber memberi tahu MYKMU bahawa sekitar 2,000 anggota tentera diletakkan dalam keadaan siap siaga di kem Sungai Besi. Tidak diketahui sama ada ia merupakan satu kerahan biasa atau tindakan berjaga-jaga sekiranya ada keperluan isytihar Darurat.

Sebelum ini Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, menyatakan akan masuk campur menangani himpunan Bersih 4 yang akan diadakan hujung minggu ini jika kerajaan mengisytiharkan darurat.

“ATM hanya akan masuk campur jika kerajaan mengisytiharkan darurat.

Minggu lalu juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan yang akan mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan Bersih 4.

Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, wujud kumpulan anarki yang bertujuan mencetuskan provokasi terhadap polis supaya pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap peserta.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/08/sambutan-hari-kebangsaan-esok-mungkin-dibatalkan-askar-dilaporkan-berjaga-jaga/