Saya ‘TAKUT’ Untuk Pergi Kerana Saya Tidak Mahu Hidup Dibayangi Bahawa Saya Adalah Sebahagian Daripada Orang-Orang Yang Hendak Membinasakan Kedamaian & Keharmonian Negara Saya Yang Tercinta

Ramai orang bertanya kepada saya adakah saya akan pergi Bersih 4.0 serta menjadi sebahagian daripada sejarah dan saya memberitahu mereka ‘tidak’ dan mengucapkan ‘good luck’. Kawan, saya seperti juga anda, takut untuk pergi.

Saya takut untuk pergi kerana saya tidak mahu melihat generasi kita kehilangan semua yang kita telah usaha dengan keras dan menikmatinya sekian lama.

Saya takut untuk pergi kerana saya tidak mahu melihat ekonomi kita runtuh ke bawah seolah-olah tiada lagi esok.

Saya takut untuk pergi kerana jika saya pergi, kita tidak akan dapat lagi menikmati jenis demokrasi kita miliki kini.

Saya takut untuk pergi kerana saya tidak mahu hidup dibayangi bahawa saya adalah sebahagian daripada orang-orang yang hendak membinasakan kedamaian dan keharmonian negara tercinta saya.

Saya takut untuk pergi kerana saya mahu terus menjadi rakyat negara ini yang cintakan keamanan dan membenci provokasi kebencian.

Saya takut untuk pergi kerana saya langsung tidak percaya pada penganjur yang bercakap dengan lidah bercabang dan mempunyai agenda peribadi mereka.

Saya tahu anda ramai manakala saya hanya seorang. Saya minta maaf tetapi saya tidak akan berjalan dengan anda.

Nikmati perhimpunan Bersih 4.0 dan salah sejahtera ke atas anda.

Sumber: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/08/the-reason-why-i-will-not-be-going.html