Sebuah Pakatan Yang Handal Memfitnah & Memohon Maaf Kemudian

Kita ada 2 pakatan politik yang utama di Malaysia. Satu adalah Barisan Nasional (BN) yang sentiasa sahaja diselubungi dengan dakwaan rasuah, dan satu lagi adalah Pakatan Pembangkang, yang tidak pernah gagal melemparkan tuduhan dan kemudiannya meminta maaf.

Sangat jelas fungsi pakatan pembangkang di Malaysia ini adalah untuk membesar-besarkan kesalahan kerajaan dan mencetuskan kontroversi untuk menaikkan kemarahan rakyat Malaysia supaya memberontak menentang kerajaan. Modus operandinya cukup mudah.

Tetapi sebenarnya, mereka tidak melakukan apa-apa, yang sebenarnya membimbangkan. Apa yang akan terjadi sekiranya mereka membentuk kerajaan? Siapa yang mereka nak tuduh dan fitnah?

Apabila Kampung Buah Pala dimusnahkan di Pulau Pinang pada tahun 2009 dan Ketua Menteri Lim Guan Eng telah dilabel sebagai penipu kerana gagal menunaikan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada penduduk kampung, dia dengan begitu mudah berkata tidak menyedari Anwar ada berjanji dan memohon maaf. Robohkan dulu, kemudian memohon maaf kerana tiada apa yang boleh dilakukan.

Kemudian perebutan kuasa di Selangor. Langkah Kajang dilancarkan untuk menurunkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan meletakkan isteri Anwar sebagai Menteri Besar. Apabila Khalid didapati sukar digugat, wakil rakyat Pembangkang sendiri yang melemparkan pelbagai fitnah kepada beliau.

Rafizi Ramli mengeluarkan kronologi berkenaan dakwaan hutang Khalid sebagai MB. Kedua Anwar dan Guan Eng telah memberikan kenyataan yang tidak adil terhadap Sultan Selangor kerana tidak merestui pelantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Apabila menyedari semuanya tidak semudah yang disangka, mereka cepat-cepat memohon ampun kepada istana atas tindakan mereka. Khalid Ibrahim pula telah memfailkan saman malu terhadap Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR.

Baru-baru ini, perkataan hikmat ‘maaf’ kembali digunakan dengan penyelesaian luar mahkamah. Khalid secara terbuka bercakap mengenai saman malu itu dan Langkah Kajang yang dilaksanakan untuk membuang beliau dari jawatan MB.

Sehari sebelum hari pengundian PRU 13, Nurul Izzah Anwar secara terbuka telah mencemarkan imej Datuk Raja Nong Chik dan ahli keluarga beliau melalui tuduhan yang tidak berasas. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah semestinya membantu kemenangan beliau menentang Nong Chik pada pilihanraya lepas.

Tahun lepas, Nong Chik telah mendakwa Izzah di mahkamah atas saman fitnah dan apabila menyedari beliau tidak dapat melepaskan diri, beliau telah mengeluarkan ayat yang cukup popular ‘Saya memohon maaf kerana telah mengeluarkan kenyataan palsu dan berjanji tidak akan melakukannya lagi’.

Kerosakkan telah terjadi. Nong Chik kalah pilihanraya dan namanya tercemar. Nurul Izzah sekali lagi menunjukkan betapa besarnya penipuan yang boleh dibuat oleh keluarga Anwar. Saya setuju, fitnah terhadap calon pembangkang juga telah dibuat oleh orang BN.

Walaubagaimanapun, mereka tidak pernah disaman oleh pakatan. Adakah bermakna tuduhan dari BN terhadap wakli Pakatan adalah benar? Dengan Guan Eng tidak berhenti menyaman sana sini, saya yakin jika ada peluang saman, mereka akan saman.

Saya juga tertanya-tanya, jika beberapa tahun dari sekarang, adakah pakatan pembangkang akan menaup tangan dan memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak selepas menurunkan beliau, jika mereka berjaya melakukan sedemikian?

Dalam satu perkembangan yang menarik, Mat Sabu dari Harapan Baru sekarang berhasrat untuk berbaik-baik dengan anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya tak faham dia ni. Lim Guan Eng berusaha dengan pelbagai cara untuk memutuskan ikatan dengan PAS. Kemudian, mereka yang kalah dalam pemilihan PAS bercakap yang bukan-bukan mengenai bekas mursyidul am tersebut dan membentuk kumpulan serpihan baru.

Sekarang, mereka ingin bekerjasama dengan PAS semula. Selepas beberapa ketika, mereka ingin berbaik semula dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Apa akan terjadi selepas ini? Hal hudud akan bermula kembali, tuduhan yang segelintir ahli politik pembangkang bekerjasama dengan BN akan timbul kembali, Guan Eng buat hal lagi dan pakatan pembangkang yang baru akan berpecah. Kenapa drama ini ingin terjadi lagi? kerana terdapat sekumpulan badut ingin mentadbir negara.

Kita rakyat Malaysia sudah cukup menderita dengan ahli politik yang tidak berkemampuan ini. Kenapa kita nak buang yang dah rosak dan tanam dengan benih baru yang sama? Kita perlukan pemimpin yang baru yang akan memimpin dengan integriti, bukan yang pandai memohon maaf.

Sumber: http://www.malaysia-today.net/the-coalition-that-is-always-sorry/