Segala Krisis Yang Berlaku Pada Tahun 1998, ADAKAH ANDA MELETAK JAWATAN?

Ekonomi sedang runtuh. KDNK telah turun hingga ke paras 7.4%.

Kontrak sektor pembinaan hanya 23.5%, pembuatan menguncup 9%, dan pertanian sebanyak 5.9% pada tahun tersebut.

Matawang turun dengan begitu teruk, hampir 50% dari RM2.50 kepada RM4.84 berbanding dolar US.

Kadar faedah bank naik sehingga 18%. Kereta yang ditarik oleh bank mencecah paras tertinggi. Tiada orang yang membeli kereta – malah kereta yang ditarik dan pengedar kereta pun menutup perniagaan.

Pasaran saham menjunam 75% ke bawah 270 mata, berdozen-dozen syarikat senaraian awam – termasuklah syarikat kroni Renong, UEM, Taiping Consolidated – dan beribu perniagaan lain berada di ambang muflis dan gulung tikar.

Dan anda perlu mewujudkan Danaharta untuk menyelamatkan mereka.

Malah, anda terpaksa menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat anak anda – konflik kepentingan besar-besaran yang anda tidak pernah peduli untuk mempertahankannya.

Bank tidak lagi boleh meminjamkan wang atau memanjangkan tempoh bayaran semula – menyebabkan syarikat sesak dan terpaksa ditutup.

Malah bank sendiri berhadapan masalah dan muflis.

Dan anda perlu mewujudkan Danamodal untuk menyelamatkan mereka.

Simpanan matawang asing hanya pada paras RM20 bilion dan hanya boleh membiayai 2.7 kali import – satu paras di bawah standard antarabangsa.

Kerajaan hampir muflis dengan hutang kepada KDNK melonjak melepasi 100%. Menteri-menteri dan pegawai tinggi kerajaan terpaksa menerima potongan gaji 10%.

Anda secara terbuka meminta bantuan Singapura untuk meminjam wang tetapi hanya memperolehi ‘maaf’ sebagai balasan.

Anda baru sahaja pecat Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, menahan Ketua Pemuda UMNO anda dan berdozen-dozen lagi di bawah ISA.

UMNO berpecah – dengan ramai melaungkan anda merupakan bebanan kepada parti dan BN akan kalah dalam pilihanraya umum seterusnya.

Beratus ribu orang berhimpun di jalanan mendesak anda meletakkan jawatan.

Timbalan Presiden US secara terbuka memuji orang yang berhimpun dan memanggil mereka ‘Rakyat Malaysia Yang Berani’ yang menuntut demokrasi.

Ratu Elizabeth II, yang tiba untuk merasmikan penutupan Sukan Komanwel. Di kerusi tempat duduk stadium, orang yang berhimpun protes memegang slogan besar untuk anda baca bertulis ‘Thanks For The Great Moments’.

Ada satu ketika, peserta protes mengejar konvoi Ratu England tersebut dan Ratu England melambai tangan dari tingkap kereta.

Wan Azizah berkata, “Saya berasa sangat sedih sebab Dr Mahathir merupakan pemimpin yang ulung, tetapi sekarang beliau telah menjadi orang politik yang terdesak yang sanggunp menindas rakyatnya untuk kekal berkuasa”.

Itu yang berlaku pada tahun 1998.

Adakah anda meletak jawatan?

Tidak, anda tidak berbuat demikian.

Anda kekal sebagai PM yang bertanggungjawab dan presiden parti untuk memperbaiki apa yang anda boleh untuk yang terbaik daripada kemampuan anda.

Anda tidak melarikan diri pada masa itu maka begitu juga anda tidak patut menafikan PM lain dari menjalankan tanggungjawabnya sekarang juga.

Masalah pada 1998 dihadapi oleh beberapa negara. Sekarang, ekonomi kita lebih kuat dan masalah yang dihadapi adalah global. Mata wang Rusia, Norway, Denmark, Turki, New Zealand, Australia dan banyak lagi yang lain telah jatuh lebih kurang sama atau lebih teruk daripada Ringgit Malaysia.

Biar PM Najib tangani cabaran ini tanpa lencongan dan gangguan.

Jika anda tidak boleh membantu atau tidak sanggup, jangan menjadikannya lebih buruk.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1711077395777714