‘Sokonglah SPRM’ Dari Zero ke Hero Oleh Hipokrit

Saya tak perlu menyatakan dan menjerit sokongan dan keyakinan saya terhadap penguatkuasa jenayah rasuah di Malaysia. Anda boleh mencari tulisan-tulisan lama saya dan anda boleh baca mengenai pendirian saya di situ. Dan saya tak boleh berkata yang sama untuk talam dua muka tiba-tiba muncul begitu ramai, yang entah dari mana, yang tiba-tiba memperjuangkan SPRM.

Kerana, saya masih ingat, tidak lama dulu, kematian misteri staf DAP Teoh Beng Hock, yang sedang membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di dalam siasatan penyalahgunaan dana parti dan kemudiannya, beliau telah jatuh bangunan dan meninggal dunia. Dan kes ini telah digunakan oleh talam-talam dua muka ini semaksimum mungkin untuk mengkritik dan mempersendakan SPRM dan akhirnya berjaya membuatkan mereka menghentikan siasatan sama sekali.

Mereka telah membawa masuk pakar forensik dari Thai yang kemudiannya menyimpulkan TBH adalah mangsa bunuh, dan bukannya membunuh diri, dengan hanya melihat beberapa gambar yang diberikan kepada beliau! Talam-talam ini untuk beberapa tahun memberitahu rakyat Malaysia betapa korupnya penguatkuasa pencegahan rasuah ini, yang mereka merupakan orang suruhan BN dan mereka yang membunuh TBH. Kesian TBH, dijadikan modal untuk parti politik talam-talam ini ketika pilihanraya umum. Dan saya tak perlu menjelaskan modal-modal yang digunakan mereka pada perhimpunan-perhimpunan untuk mempersendakan SPRM.

Sokonglah SPRM. Memang itu pun apa yang patut dilakukan anda. Tetapi sebelum itu, yang paling penting, sila mohon maaf kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim dulu kerana ketidakadilan yang anda telah lakukan terhadap beliau dan anggotanya untuk 5,6 tahun kebelakangan ini.

Sumber: http://www.rockybru.com.my/2015/08/sokongsprm-hypocricy-of-some.html?m=1